Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Biografi baru kenang jasa mendiang Ketua Hakim Negara Yong Pung How dilancar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Biografi baru kenang jasa mendiang Ketua Hakim Negara Yong Pung How dilancar

Apr 11, 2024 | 09:00 PM



Sebagai seorang peguam muda, Profesor Madya Dorcas Quek Anderson kagum dengan kesopanan yang dipamerkan oleh bos pertamanya di bilik mahkamah, sebagai seorang hakim yang tegas dan teguh.

Wanita berusia 44 tahun itu mengimbau kembali bagaimana mantan Ketua Hakim Negara Yong Pung How memainkan peranan penting, mencampurkan urusan akademik dengan meluangkan masa membaca artikel pertama yang ditulisnya, untuk diserahkan kepada jurnal undang-undang.

Mantan hakim daerah, yang kini mengajar di Universiti Pengurusan Singapura (SMU), itu berkata “beliau sangat merangsang dan memberi saya keberanian, untuk menyerahkan penulisan saya untuk diterbitkan.

“Penerbitan itu, serta tahun-tahun awal saya menjadi kerani undang-undang kehakiman, telah membantu saya menemui minat saya untuk penyelidikan dan penulisan dalam bidang undang-undang,” ujarnya.

Dalam biografi baru mendiang Encik Yong, Profesor Quek Anderson dan 63 bekas kerani undang-undang kehakiman yang lain, menggambarkan “Ketua” – sebagaimana ramai yang menggelarnya – sebagai seorang yang baik hati dan mesra yang suka berbual semasa makan tengah hari dan sentiasa meluangkan masa untuk mereka.

Penghormatan mereka membentuk satu bab dalam buku itu, bertajuk Pioneer, Polymath And Mentor: The Life And Legacy Of Yong Pung How.


Buku itu dilancarkan pada 11 April, iaitu ulang tahun ke-98 mendiang Encik Yong.

Profesor Quek Anderson menambah: “Kami mendapat manfaat yang besar hanya dengan belajar daripadanya dan melihat kesungguhan yang beliau miliki untuk kami, walaupun kami masih muda dan tidak berpengalaman.”

Buku itu, yang memperincikan pencapaian kerjaya Encik Yong, telah ditulis, disusun dan disunting oleh Hakim Kanan Andrew Phang, yang bersara sebagai hakim Mahkamah Rayuan pada 2022.

Encik Yong meninggal dunia pada 9 Januari 2020, pada usia 93 tahun. Beliau berkhidmat sebagai ketua hakim negara dari 1990 hingga 2006.

Semasa memegang jawatan ketua hakim, beliau telah melaksanakan pembaharuan dan memanfaatkan teknologi, untuk menyelaraskan sistem mahkamah Singapura.

Semasa merasmikan pelancaran buku itu, yang dihadiri lebih 400 tetamu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengimbau kembali pertemuan beliau dengan Encik Yong, yang berkawan rapat dengan bapanya, Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew.

Kededua mereka mendalami undang-undang di Universiti Cambridge bersama.

PM Lee berkata sejurus sebelum menjadi perdana menteri, beliau menerima mesej bahawa Encik Yong mahu mentadbir secara peribadi ikrar untuk majlis angkat sumpahnya, dan bukan hanya berdiri di sebelahnya ketika PM Lee membacakan sendiri ikrar itu.

Anak perempuan Encik Yong, Cik Yong Ying-I, yang mempengerusikan Lembaga Tabung Simpanan Pusat, berkata semasa pelancaran bahawa bapanya tidak berminat menulis autobiografinya selepas bersara, kerana tidak mahu dilihat sebagai membanggakan diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >