Cawangan firma China raih kontrak $199j bagi terowong sambungan DTL

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cawangan firma China raih kontrak $199j bagi terowong sambungan DTL

Kerja pembinaan dijangka bermula suku ketiga 2026
Mar 16, 2026 | 2:12 PM

Cawangan firma China raih kontrak $199j bagi terowong sambungan DTL

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
China Railway Tunnel Group, mrt, downtown line, DTL, Sungei Kadut Avenue
Lakaran artis bagi stesen MRT Laluan Downtown baru yang bakal dibina selepas Stesen Bukit Panjang. - Foto LTA

Cawangan tempatan sebuah firma China telah memenangi kontrak sivil terakhir bagi sambungan kedua Laluan Downtown (DTL), dengan kos keseluruhan projek itu dianggarkan sekitar $1.26 bilion.

Kontrak terakhir itu yang bernilai kira-kira $199 juta, akan menyaksikan China Railway Tunnel Group mereka bentuk dan membina terowong di antara stesen Bukit Panjang dengan stesen baru DE1, yang bakal dibina di Sungei Kadut Avenue, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 16 Mac.

Sepasang terowong berkembar sepanjang kira-kira 1.8 kilometer (km) itu akan dibina di bawah Woodlands Road dan melalui prasarana seperti jejambat Ekspreswe Kranji (KJE).

Kerja pembinaan dijadual bermula pada suku ketiga 2026.

Bagi mengurangkan kesan terhadap struktur rel yang ada kini dan penumpang di DTL, LTA berkata ia akan menyelaras dengan pelbagai agensi serta pengendali SBS Transit supaya kerja sensitif dijalankan ketika laluan itu tidak beroperasi.

Tambahnya, pembinaan terowong itu akan dijalankan dalam ruang terhad kerana berhampiran stesen Bukit Panjang.

LTA berkata ia akan bekerjasama dengan kontraktor untuk memantau keteguhan tanah secara masa nyata serta langkah-langkah bagi memastikan kerja itu dijalankan dengan selamat.

LTA berkata pihaknya dan China Railway Tunnel Group, yang kini membina Stesen Prince Edward bagi Laluan Circle (CCL), akan memberi maklumat terkini kepada penduduk dan pihak berkepentingan.

Perkhidmatan penumpang bagi sambungan itu dijangka bermula pada 2035.

Sambungan sepanjang 4km itu akan melibatkan tiga stesen dan dihubungkan dengan Laluan Utara-Selatan (NSL) melalui stesen DE2, stesen bawah tanah yang bersambung dengan Stesen Sungei Kadut (NS6) di atas tanah di antara stesen Yew Tee dengan Kranji.

Stesen baru pertama, DE1, akan terletak di Sungei Kadut Avenue.

Terletak berhampiran Koridor Kereta Api, stesen itu akan dihubungkan ke Yew Tee Village, Geladak Memancing Pang Sua dan Penghubung Taman (PCN) Pang Sua melalui sebuah jambatan pejalan kaki baru.

Sementara itu, DE2 akan berfungsi sebagai terminal baru bagi DTL, menggantikan terminal yang ada kini di Bukit Panjang.

Sebagai stesen pertukaran, ia akan berkhidmat kepada Daerah Eko Sungei Kadut yang bakal dibangunkan, sebuah kawasan perindustrian seluas 500 hektar.

LTA berkata sambungan itu dijangka mengurangkan masa perjalanan penumpang ke dan dari utara serta barat laut Singapura.

Contohnya, perjalanan dari Yew Tee ke Chinatown dijangka menjimatkan masa 20 minit dengan hanya menaiki MRT, berbanding kira-kira sejam sebelum ini yang memerlukan pengguna menaiki bas sebelum bertukar ke MRT.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg