Percubaan untuk menyeludup dua pedang ke Singapura berjaya digagalkan di Stesen Pengimbasan Pasir Panjang pada 5 Disember.
Dalam satu catatan Facebook pada 16 Disember, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan salah seorang penganalisis imej mengesan kejanggalan pada imej imbasan sebuah kontena kargo yang masuk ke negara ini, lalu mengarahkan untuk dilakukan pemeriksaan lanjut.
Pegawai kemudian menemui dua pedang tersebut, yang telah diisytiharkan sebagai mainan, lapor The Straits Times (ST).
Menurut laman web pihak berkuasa itu, Stesen Pengimbasan Pasir Panjang merupakan salah satu pusat pemeriksaan laut ICA.
Siasatan polis masih dijalankan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg