Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faishal: Rakyat Palestin berhak miliki tanah air sendiri

Jul 30, 2025 | 8:32 PM
Singapura, Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim, Gaza, Palestin
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim, berkata Singapura akur kepada hak rakyat Palestin untuk memiliki tanah air mereka sendiri berdasarkan penyelesaian dua negara yang dirundingkan. - Foto fail

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata Singapura akur kepada hak rakyat Palestin untuk memiliki tanah air mereka sendiri berdasarkan penyelesaian dua negara yang dirundingkan – satu masa depan di mana rakyat Palestin dan Israel hidup berdampingan dalam suasana aman, selamat dan damai.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 30 Julai, Dr Faishal menambah:

“Setiap langkah dalam perjalanan ini amat sukar, namun ia juga penting.

“Singapura juga telah menyatakan kesediaan kita untuk menyokong usaha pembinaan semula Gaza, sebaik sahaja gencatan senjata yang kekal dapat dicapai.

“Semoga sokongan Singapura dapat mendatangkan penyelesaian yang adil dan berkekalan.

“Semoga negara kecil kita yang berhati besar ini terus mempertahankan apa yang benar – dengan belas ihsan, dengan keteguhan, dan dengan harapan untuk masa depan yang lebih baik buat semua.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg