Geran $45j tampung kos guna sistem pengurusan maklumat kesihatan
Geran $45j tampung kos guna sistem pengurusan maklumat kesihatan
Geran $45j tampung kos guna sistem pengurusan maklumat kesihatan
Bagi membantu penyedia itu memenuhi keperluan mandatori di bawah Akta Maklumat Kesihatan, Kementerian Kesihatan (MOH) telah memperuntukkan sehingga $45 juta dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyediakan sokongan dana sekali beri.
Bermula Julai 2026, penyedia perkhidmatan boleh mula memohon pembiayaan melalui Geran Sambungan NEHR (NCG), yang bertujuan menampung kos penggunaan sistem pengurusan maklumat kesihatan yang diperakui, atau mempertingkatkan sistem sedia ada mereka bagi memenuhi keperluan akta tersebut.
Mereka yang sebelum ini telah menerima sokongan dana MOH serupa bagi sumbangan data NEHR, tidak layak memohon geran baru itu.
Warga emas boleh mendaftar dalam khidmat Penjagaan Peribadi Di Rumah Yang Dipertingkat (HPC+)
Perkhidmatan HPC+ menyokong warga emas uzur untuk menua dengan baik di rumah melalui pemantauan berasaskan teknologi 24 jam bagi mengesan jatuh dan insiden tidak diingini.
Warga emas juga akan menerima bantuan bagi aktiviti kehidupan harian, seperti mengemas rumah dan mandi.
Lebih daripada 5,600 warga emas dijangka meraih manfaat daripada HPC+.
Hospital akut, hospital masyarakat baru akan tambah 2,800 katil
Antara beberapa perkembangan infrastruktur utama termasuk Pusat Penjagaan Elektif Hospital Besar Singapura (SGH) yang baru akan dibuka menjelang 2027.
Hospital Besar Sengkang akan menambah katil baru secara berperingkat bermula 2027, sementara Hospital Woodlands dan Hab Penjagaan Bersepadu Tan Tock Seng akan terus mempertingkatkan kapasiti katil mereka.
Kampus Hospital Besar Timur (Eastern General Hospital) yang baru di Bedok North, merangkumi hospital umum dan hospital masyarakat bersepadu yang baru, telah memulakan kerja pembinaan dan akan dibuka secara berperingkat bermula 2029.
Antara beberapa Poliklinik yang dijadualkan siap menjelang 2027 ialah di Bidadari, Kaki Bukit dan Yew Tee.
Poliklinik Taman Jurong dijadualkan siap menjelang 2030 manakala selepas 2030, sebuah poliklinik baru akan dibina di Bishan.

