Geran NCG hingga $45j bantu tampung kos penggunaan sistem pengurusan maklumat kesihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Geran NCG hingga $45j bantu tampung kos penggunaan sistem pengurusan maklumat kesihatan

Mar 5, 2026 | 3:03 PM

Geran NCG hingga $45j bantu tampung kos penggunaan sistem pengurusan maklumat kesihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Bagi membantu penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan memenuhi keperluan mandatori di bawah Akta Maklumat Kesihatan, Kementerian Kesihatan (MOH) telah memperuntukkan sehingga $45 juta dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyediakan sokongan dana sekali beri.
Bagi membantu penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan memenuhi keperluan mandatori di bawah Akta Maklumat Kesihatan, Kementerian Kesihatan (MOH) telah memperuntukkan sehingga $45 juta dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyediakan sokongan dana sekali beri. - Foto fail

- Pelancaran Geran Sambungan Rekod Kesihatan Elektronik Kebangsaan (NEHR) atau ‘NEHR Connect Grant’ (NCG) dengan peruntukan sehingga $45 juta diketepikan bagi menyokong penyedia penjagaan kesihatan.

Bagi membantu penyedia itu memenuhi keperluan mandatori di bawah Akta Maklumat Kesihatan, Kementerian Kesihatan (MOH) telah memperuntukkan sehingga $45 juta dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyediakan sokongan dana sekali beri.

Bermula Julai 2026, penyedia perkhidmatan boleh mula memohon pembiayaan melalui Geran Sambungan NEHR (NCG), yang bertujuan menampung kos penggunaan sistem pengurusan maklumat kesihatan yang diperakui, atau mempertingkatkan sistem sedia ada mereka bagi memenuhi keperluan akta tersebut.

Mereka yang sebelum ini telah menerima sokongan dana MOH serupa bagi sumbangan data NEHR, tidak layak memohon geran baru itu.

- Semua warga emas yang layak dan perlukan penjagaan boleh mula mendaftar dalam perkhidmatan Penjagaan Peribadi Di Rumah Yang Dipertingkat (HPC+) mula 1 April 2026

Perkhidmatan HPC+ menyokong warga emas uzur untuk menua dengan baik di rumah melalui pemantauan berasaskan teknologi 24 jam bagi mengesan jatuh dan insiden tidak diingini.

Warga emas juga akan menerima bantuan bagi aktiviti kehidupan harian, seperti mengemas rumah dan mandi.

Lebih daripada 5,600 warga emas dijangka meraih manfaat daripada HPC+.

Semua warga emas yang layak dan memerlukan penjagaan boleh mula mendaftar dalam perkhidmatan Penjagaan Peribadi Di Rumah Yang Dipertingkat (HPC+), mula 1 April 2026.
Semua warga emas yang layak dan memerlukan penjagaan boleh mula mendaftar dalam perkhidmatan Penjagaan Peribadi Di Rumah Yang Dipertingkat (HPC+), mula 1 April 2026. - Foto fail

- Rancangan menambah sekitar 2,800 katil hospital akut awam dan hospital masyarakat yang baru, serta meluaskan rangkaian poliklinik kepada 32 menjelang 2030, sedang berjalan lancar

Antara beberapa perkembangan infrastruktur utama termasuk Pusat Penjagaan Elektif Hospital Besar Singapura (SGH) yang baru akan dibuka menjelang 2027.

Hospital Besar Sengkang akan menambah katil baru secara berperingkat bermula 2027, sementara Hospital Woodlands dan Hab Penjagaan Bersepadu Tan Tock Seng akan terus mempertingkatkan kapasiti katil mereka.

Kampus Hospital Besar Timur (Eastern General Hospital) yang baru di Bedok North, merangkumi hospital umum dan hospital masyarakat bersepadu yang baru, telah memulakan kerja pembinaan dan akan dibuka secara berperingkat bermula 2029.

Antara beberapa Poliklinik yang dijadualkan siap menjelang 2027 ialah di Bidadari, Kaki Bukit dan Yew Tee.

Poliklinik Taman Jurong dijadualkan siap menjelang 2030 manakala selepas 2030, sebuah poliklinik baru akan dibina di Bishan.

Perancangan MOH untuk meluaskan rangkaian poliklinik kepada 32 menjelang 2030, sedang berjalan lancar.
Perancangan MOH untuk meluaskan rangkaian poliklinik kepada 32 menjelang 2030, sedang berjalan lancar. - Foto fail
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg