Topik diikuti
Pergi ke BHkuHad baru ‘power bank’: 15 dirampas di Lapangan Terbang Changi
Had baru ‘power bank’: 15 dirampas di Lapangan Terbang Changi
Had baru ‘power bank’: 15 dirampas di Lapangan Terbang Changi
Sebanyak 15 bank kuasa atau ‘power bank’ dirampas daripada penumpang berlepas pada 15 April, hari pertama peraturan baharu yang membataskan setiap orang kepada dua peranti dalam pesawat.
Bank kuasa itu diserahkan oleh penumpang yang diperiksa sebelum menaiki pesawat antara tengah malam hingga 3 petang, menjejaskan kira-kira 275 penerbangan, menurut Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG).
Pemeriksaan dijalankan di pintu pelepasan Terminal 1, 2 dan 3, serta selepas imigresen di Terminal 4.
Pada 6 April, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menyatakan mulai 15 April, penumpang yang membawa lebih daripada dua bank kuasa perlu melupuskan yang selebihnya sebelum menaiki pesawat.
Peraturan baharu Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) ini dikenakan ke atas semua bateri boleh dicas semula, termasuk hingga 100 watt-jam (Wh) dan antara 100 Wh hingga 160 Wh yang memerlukan kelulusan awal.
Sebelum had baharu berkuat kuasa, penumpang dibenarkan membawa sehingga 20 bank kuasa jika setiap satu tidak melebihi 100Wh. Bagi bank kuasa antara 100Wh hingga 160Wh, jumlah tertinggi kekal dua unit.
