Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hawa hebat dan ligat

Semakin ramai wanita minat ke gim; anggap kecergasan bukan untuk kecantikan luaran
May 18, 2025 | 5:30 AM
Cik Noriah Salikin pergi ke gim setiap minggu.
Cik Noriah Salikin pergi ke gim setiap minggu. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Tidak pernah terlambat untuk seseorang memulakan perjalanan mendakap gaya hidup sihat, dan Cik Noriah Salikin, yang bakal mencecah usia 70 tahun, menjadi bukti bahawa usia sekadar angka sahaja.

Pada usia senja, ibu empat anak itu masih kuat bergerak malah ligat melakukan senaman, berkat usaha gigihnya ke gim setiap minggu.

Selain ‘burpee’, ‘push-up’, ‘hanging abs crunches’ (menaikkan lutut dalam keadaan tergantung), dan latihan berselang intensiti tinggi (HIIT), Cik Noriah juga mampu mengangkat berat – tak serupa usianya yang lanjut!

Nenek enam cucu itu merupakan antara lebih ramai golongan wanita yang kini memilih latihan kekuatan dan ke gim.

Menurut pakar kecergasan dan pengasas gim wanita yang dihubungi Berita Minggu (BM), golongan kaum Hawa semakin ambil berat tentang kecergasan dan kekuatan diri melebihi tujuan estetik dan penampilan luaran.

Namun, ia dilihat sebagai cara untuk mengekalkan kesihatan jangka panjang, keupayaan fizikal dan ketahanan mental.

Terdapat perubahan ketara dari segi dorongan dan demografik wanita yang bersenam dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Golongan wanita, daripada remaja hingga warga emas, semakin cenderung kepada latihan rintangan dan aktiviti mengangkat berat untuk membina kekuatan, meningkatkan keyakinan diri serta menyokong kesihatan fizikal dan mental mereka.

Antara anak muda yang berkecimpung dalam dunia angkat berat ialah Cik Nur Nadhirah Mohamed Amran, 28 tahun.

Dengan ketinggian 166 sentimenter dan berat badan 116 kilogram (kg), rekod angkat berat yang dicapai Cik Nur Nadhirah pernah mencecah 200kg.

Selain mewakili Singapura di pertandingan global, Cik Nadhirah berkata bahawa beliau aktif dalam sukan ini agar dapat menguatkan tubuh badannya.

“Anda sebenarnya perlu melatih otot anda agar lebih kuat, supaya anda boleh lakukan kegiatan harian untuk jangka masa yang lama,” kata ahli fisioterapi itu.

Bagi ibu tunggal empat anak, Cik Nooryani Abdul Talib, mengamalkan gaya hidup aktif di gim merupakan jalan keluar daripada kesedihan yang dialaminya setelah melalui perceraian.

Cik Nooryani, 47 tahun, yang pada mulanya sekadar “ikut-ikut orang” di gim akhirnya bertemu minatnya pada 2014, iaitu latihan ‘kettlebell’ – alat senaman berbentuk bebola besi dengan pemegang, yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis latihan kekuatan dan kardio.

Beliau kini mengasaskan Bloom Kettlebell Club – sekumpulan masyarakat kecil wanita yang bukan sahaja berlatih untuk kecergasan malah menyertai pertandingan sukan ‘kettlebell’.

Melebihi kecergasan diri, mengamalkan gaya hidup aktif juga cara untuk menguatkan daya tahan mental.

“Bersenam adalah ruang ‘me time’ saya. Walaupun cuma sejam sehari, ia beri kesan besar pada mental saya,” kata Cik Yani.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg