Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Inisiatif catuan makanan RELIGHT bantu keluarga memerlukan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif catuan makanan RELIGHT bantu keluarga memerlukan

Jan 07, 2024 | 05:31 AM



Pusat Khidmat Keluarga (FSC) PPIS Timur dan Barat menawarkan perkhidmatan kerja kes dan kaunseling keluarga untuk pelanggan yang menghadapi isu perhubungan, keganasan keluarga, pengurusan kanak-kanak atau kebimbangan keibubapaan dan kebimbangan umum lain termasuk rujukan untuk bantuan kewangan. Dalam pendekatan kami untuk perkhidmatan kaunseling keluarga, kami juga menggabungkan kerja kumpulan dan komuniti untuk membantu individu dan keluarga menyokong dan memperkasakan satu sama lain.

FSC PPIS Barat pula memulakan inisiatif catuan makanan untuk memberikan sokongan kepada keluarga yang memerlukan sementara mereka menunggu gaji, kelulusan permohonan bantuan kewangan atau pun pekerjaan. Sesetengah keluarga ini juga mungkin mengalami krisis kewangan akibat kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba, perbelanjaan yang tidak dijangka (seperti menggantikan peralatan elektrik) atau krisis perubatan yang menyebabkan keluarga dibebani dengan kos perubatan yang tinggi.

Pada 15 Oktober 2019, inisiatif catuan makanan yang bermula sebagai projek perintis di bawah Program Kerja Kes telah dijadikan program sepenuhnya kerana kepentingannya dalam menyokong pelanggan FSC PPIS Barat yang memerlukan. Pada tahun 2022, ia menjenamakan semula dirinya sebagai R.E.LIGHT - Menghidupkan Semula Harapan. Memperkasakan Kehidupan (Rekindling Hope. Empowering Lives).

Sejak ia ditubuhkan, R.E.LIGHT telah membantu seramai 1,576 benefisiari yang terdiri daripada keluarga yang mempunyai anak-anak muda atau warga tua dengan pemberian barangan keperluan atau sokongan perubatan.

Namun, sebagai FSC, mereka sentiasa mencari jalan untuk memenuhi keperluan benefisiari. Ini kerana antara cabaran mereka adalah untuk memberikan barangan dapaur segar kepada para benefisiari akibat kos dan tenaga kerja. Bagaimanapun, FSC PPIS Barat sedang menerokai cara mengagihkan barangan dapur segar kepada benefisiari dalam bulan-bulan akan datang.  

RELIGHT merancangan bekerjasama dengan vendor dan peniaga bersama komuniti di kawasan Bukit Gombak untuk menyumbang derma kepada benefisiari mereka.

Pusat Khidmat Keluarga PPIS (Timur)


Alamat: Wisma Geylang Serai 1 Engku Aman Road #03-01 Singapore 408528


Talian: 60156970


E-mel: fsceast@ppis.sg


Laman web: ppis.sg/fsc/


Pusat Khidmat Keluarga PPIS (Barat)


Alamat: Blk 301 Bukit Batok St 31 #01-01 Singapore 650301


Talian: 6561-3462


E-mel: fscwest@ppis.sg


Laman web: ppis.sg/fsc/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >