Pesalah Kpod tumbuk teman wanita, ugut dengan pisau selepas keluar penjara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesalah Kpod tumbuk teman wanita, ugut dengan pisau selepas keluar penjara

Feb 5, 2026 | 7:17 PM

Pesalah Kpod tumbuk teman wanita, ugut dengan pisau selepas keluar penjara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Muhammad Nursyahfiq Mazlan, etomidate, vape, kpod, k-pod
Pada 5 Februari, Muhammad Nursyahfiq Mazlan dihukum penjara setahun dan 26 minggu selepas mengaku bersalah atas tujuh tuduhan, dengan 11 tuduhan lain diambil kira. - Foto ST

Tidak lama selepas dibebaskan dari penjara, Muhammad Nursyahfiq Mazlan memotong alat pemantauan elektronik di buku lalinya dan melakukan 16 kesalahan lain dalam tempoh beberapa bulan berikutnya.

Antara kesalahan tersebut termasuk memiliki vape yang mengandungi bahan terlarang seperti etomidate, benzhexol dan metomidate, menumbuk teman wanitanya, serta mengacukan pisau ke arah beberapa mangsa.

Pada 5 Februari, lelaki berusia 30 tahun itu dijatuhi hukuman penjara selama setahun dan 26 minggu selepas mengaku bersalah atas tujuh tuduhan, dengan 11 tuduhan lain diambil kira.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Eugene Ho serta Pemangku Penolong Pengarah Pendakwaan dari Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Encik Donn Praabu Dennis, Nursyahfiq menunjukkan “pengabaian terang-terangan terhadap undang-undang”.

Dokumen mahkamah menyatakan Nursyahfiq ditempatkan dalam skim persediaan pekerjaan pada 23 September 2024 selepas dibebaskan dari penjara, tanpa perincian kesalahan terdahulu dinyatakan.

Lebih sebulan kemudian, dia memotong alat pemantauan yang dipakai bagi membolehkan pihak berkuasa menjejak pergerakannya, serta gagal melapor diri ke Pusat Penyeliaan Masyarakat Selarang Park.

Pada Disember 2024, Nursyahfiq menjalin hubungan dengan seorang wanita yang dikenalinya melalui wadah temu janji dalam talian.

Dia memberitahu wanita itu dia melarikan diri daripada pihak berkuasa dan memerlukan tempat tinggal, lalu berpindah masuk ke rumah wanita tersebut pada bulan yang sama.

Pada 7 Mac 2025, apabila teman wanitanya pulang ke rumah sekitar 5 pagi selepas menghadiri satu perjumpaan bersama rakan rapat, Nursyahfiq memarahinya kerana bertemu rakan lelaki.

Dia menjadi semakin marah selepas membaca perbualan WhatsApp antara wanita itu dan penyewanya, walaupun perbualan itu berkaitan hal penyewaan dan penyelenggaraan rumah.

Nursyahfiq menumbuk muka teman wanitanya tiga hingga empat kali, menyebabkan bengkak di pelipis kiri dan lebam di bahagian atas bibir.

Apabila penyewa tersebut tiba, Nursyahfiq menuduhnya menjalinkan hubungan sulit bersama teman wanitanya dan mengacukan pisau ke arahnya.

Dia turut menyimbah air serta meludah ke muka lelaki itu.

Menurut DPP Ho, Nursyahfiq berada dalam keadaan mabuk akibat pengambilan dadah semasa kejadian itu dan satu lagi kejadian yang berlaku tiga minggu kemudian.

Dalam kejadian berikutnya, Nursyahfiq bertindak kasar apabila teman wanitanya pulang bersama seorang rakan lelaki.

Nursyahfiq membuang telefon bimbit rakan tersebut dari tingkap unit tingkat lapan dan mengeluarkan baton, sebelum melarikan diri apabila polis tiba.

Pada 5 Mei 2025, dia menyamar sebagai teman wanitanya dan menghantar mesej kepada bekas teman lelaki wanita itu, menjemputnya ke rumah.

Apabila lelaki itu tiba, Nursyahfiq mengacukan pisau dan mengarahkannya duduk.

Dokumen mahkamah tidak menyatakan apa yang berlaku selepas itu, namun menyebut Nursyahfiq terus menghantar mesej menghina dan mengugut bekas teman lelaki tersebut dalam beberapa hari berikutnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg