Hampir separuh nahas serius di Tanah Merah Coast Road libat basikal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hampir separuh nahas serius di Tanah Merah Coast Road libat basikal

Tunggang basikal secara tidak disiplin antara punca
Feb 12, 2026 | 5:44 PM

Hampir separuh nahas serius di Tanah Merah Coast Road libat basikal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Tanah Merah Coast Road, basikal, kemalangan
Tanah Merah Coast Road mempunyai laluan lurus sepanjang 10 kilometer dengan lorong basikal khas dari Terminal Feri Tanah Merah hingga ke Terminal Feri Changi Point. - Foto ST

Setiap tahun antara 2020 dengan 2025, terdapat purata sekitar 20 kemalangan yang meragut nyawa atau menyebabkan kecederaan serius berlaku di sepanjang Tanah Merah Coast Road.

Hampir separuh daripadanya, iaitu sembilan kemalangan setahun, melibatkan penunggang basikal.

Perkara itu didedahkan Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann, di Parlimen pada 12 Februari.

Beliau menjelaskan, kemalangan sering berpunca daripada penunggang basikal yang menunggang secara tidak berdisiplin, serta kegagalan kedua-dua penunggang dan pemandu untuk memberi tumpuan dan mengawal kenderaan atau alat mobiliti mereka dengan baik.

Kenyataan Cik Sim itu bagi menjawab pertanyaan Encik Cai Yinzhou (GRC Bishan-Toa Payoh) mengenai jumlah kemalangan melibatkan penunggang basikal dan sama ada puncanya adalah kenderaan berat atau serpihan di jalan raya.

Bagi menangani isu ini, Polis Trafik (TP) sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan di ‘lokasi panas’ seperti Tanah Merah Coast Road.

TP dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga giat menyebarkan kesedaran tentang amalan berhemah dan selamat di jalan raya.

“Sebagai contoh, TP dan LTA bekerjasama rapat dengan Persekutuan Berbasikal Singapura (SCF) dan Persatuan Rakyat (PA) untuk mendekati golongan berbasikal mengenai keselamatan, serta menyebarkan garis panduan amalan selamat kepada pemandu dan penunggang basikal,” katanya.

Laluan di sepanjang Tanah Merah Coast Road merupakan laluan lurus sejauh 10 kilometer (km), lengkap dengan lorong basikal khas di atas jalan, dari Terminal Feri Tanah Merah hingga ke Terminal Feri Changi Point, sekali gus membolehkan penunggang berbasikal bergerak tanpa gangguan.

Had laju di jalan itu ditetapkan pada 70km sejam.

Sejumlah tragedi melibatkan penunggang basikal terjadi di laluan tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Pada 2018, seorang remaja bertembung dengan sebuah kereta yang berhenti di situ.

Pada 2021 pula, seorang penunggang basikal berusia 45 tahun merempuh lori yang berhenti di lorong basikal.

Kedua-duanya dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH).

Dalam enam bulan terakhir 2025, polis mengeluarkan sekitar 650 saman kepada penunggang basikal yang melanggar peraturan lalu lintas, termasuk gagal mematuhi isyarat dan tidak memakai topi keledar di jalan raya.

Isu keselamatan berbasikal di laluan itu turut diungkit dalam ruangan Forum The Straits Times pada 19 Mei 2025, yang membangkitkan kebimbangan peningkatan risiko kemalangan akibat kegiatan pembinaan yang dijalankan di situ.

Kerja pembinaan Terminal 5 Lapangan Terbang Changi sedang berjalan di kawasan itu dan dijangka selesai menjelang pertengahan 2030-an.

Pada 2026, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mencadangkan hukuman lebih berat terhadap pemilik lori yang gagal memasang alat pengehad kelajuan.

Di bawah perubahan tersebut, denda maksimum bagi kesalahan sedemikian akan ditetapkan kepada $10,000 bagi kesalahan pertama dan $20,000 bagi kesalahan kedua – 10 kali ganda hukuman sedia ada.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg