Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kempen celik Al-Quran untuk warga berkeperluan khas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kempen celik Al-Quran untuk warga berkeperluan khas

Bantuan dari Pergeraq untuk ahli kurang upaya KCMS terjalin sejak 2013
Apr 05, 2024 | 05:30 AM



Tidak melupakan mereka yang berkeperluan khas. Begitulah visi murni Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq).

Pergeraq merupakan badan Islam setempat yang menawarkan program Al-Quran, Kempen Celik Al-Quran (KCQ), secara percuma, dan disasarkan kepada mereka yang berminat seperti pekerja migran beragama Islam, warga memerlukan, berpenyakit kronik serta orang kurang upaya (OKU).

Pada 2024 ini, Pergeraq telah mengetepikan sejumlah $12,000 untuk dihadiahkan kepada ahli Kumpulan Orang Cacat Muslim Singapura (KCMS). KCMS mempunyai 120 anggota dan berusia antara sembilan tahun dengan 75 tahun. 

Menurut Setiausaha Eksekutif Pergeraq, Encik Mohammad Hanafiah Tumin, 65 tahun, sumbangan bagi KCMS ini diberikan setiap Ramadan demi memeriahkan lagi Syawal mereka.

“Sebahagian derma untuk KCMS ini adalah hasil sumbangan ahli Pergeraq sendiri dan pelajar kami. Selebihnya pula merupakan sumbangan yang kami terima daripada orang ramai,” jelas Encik Mohammad Hanafiah.

Beliau turut memberitahu Berita Harian (BH), Pergeraq perlu membelanjakan sehingga $120,000 untuk membiayai kelas-kelas seperti KCQ yang diadakan secara percuma. Perbelanjaan ini juga termasuk bayaran bagi tenaga pengajar, kos sewa, yuran Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) dan pembayaran lain.


Bagi Presiden KCMS, Cik Mazidah Din, 64 tahun, sumbangan yang diterima daripada Pergeraq pada awal Mac lalu, amat dihargai oleh ahlinya. 

Beliau yang menjadi lumpuh akibat kecederaan saraf di bahagian tulang belakangnya selepas terjatuh ketika berusia 11 tahun ini turut bersyukur kerana insan istimewa sepertinya masih tetap diingati masyarakat, dan tidak pernah rasa terpinggir.

KCMS telah menerima bantuan daripada Pergeraq sejak lebih sedekad yang lalu. Selain itu, mereka juga mempelajari Al-Quran secara percuma; dengan mengikuti kelas fizikal dua kali sebulan dan empat kali dalam talian, Zoom. Kelas fizikal ini dijalankan di Masjid Sallim Mattar, berdekatan kawasan MacPherson Road.   

“KCMS amat berbesar hati menerima sumbangan setiap tahun daripada Pergeraq, sejak 2013. Bukan itu sahaja, apa sahaja bantuan kecemasan yang ahli kami mahukan, Pergeraq akan membantu dengan segera dan secara ikhlas. Antaranya, kami menerima pemberian kerusi kamar mandi, komod. Kerusi ini merupakan satu keperluan bagi ahli kurang upaya untuk membersihkan diri mereka.


“Kelas Al-Quran yang ditawarkan kepada ahli KCMS ini juga sungguh bermanfaat dan amat tinggi nilainya untuk kami semua,” jelas ibu dua anak ini dengan tenang.    

HULUR BANTUAN


Anda boleh menghulurkan bantuan kepada Pergeraq dengan cara berikut:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 017-903204-0. WhatsApp untuk mendapatkan resit  @ 9030-7057. Tulis nama anda/zakat atau derma. 

2. PayNow kepada UEN T06SS0040C. Di ruang ‘rujukan’ tulis nama anda/zakat atau derma. 

3. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lungsuri laman pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeragsgp@gmail.com

4. Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10 PKMS Building, Singapura 419737.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >