Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Keperluan penduduk West Coast akan dijaga: Desmond

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keperluan penduduk West Coast akan dijaga: Desmond

Jan 18, 2024 | 06:03 PM



Menteri Pembangunan Negara yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC West Coast, Encik Desmond Lee, telah memberi jaminan kepada penduduk di kawasan itu bahawa keperluan mereka akan dijaga berikutan peletakan jawatan mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran.

Dalam hantarannya di Facebook pada 18 Januari, Encik Lee berkata tumpuan pasukannya di kawasan tersebut adalah untuk berkhidmat kepada penduduk mereka.

Beliau menambah, sejak Julai 2023, beliau dan AP GRC West Coast yang lain seperti Encik Ang Wei Neng, Cik Foo Mee Har dan Cik Rachel Ong, termasuk AP Pioneer, Encik Patrick Tay, telah melangkah ke hadapan untuk menggalas tugas Iswaran di kawasannya.

“Kami ingin memberi jaminan kepada penduduk kami di West Coast bahawa kami akan terus berkhidmat kepada mereka, dan memastikan keperluan mereka dijaga,” kata Encik Lee.

Encik Lee juga merupakan penasihat pertubuhan akar umbi di West Coast dan berkata pengaturan ini akan diteruskan.

Peletakan jawatan Iswaran diumumkan pada 18 Januari selepas dia didakwa 27 pertuduhan, termasuk dua pertuduhan rasuah, susulan siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Encik Lee turut meluahkan rasa sedihnya kerana Iswaran telah meletak jawatan sebagai AP GRC West Coast dalam keadaan seperti ini dan mengucapkan terima kasih atas sumbangannya kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata Iswaran sebelum ini merupakan menteri utama di GRC West Coast.

Sejak pengunduran Iswaran untuk membantu siasatan, Encik Lee dan AP lain dari GRC tersebut telah menjaga penduduk di kawasan West Coast, kata Encik Wong ketika bercakap kepada media selepas Iswaran didakwa di mahkamah.

Menjawab soalan media sama ada pemergian Iswaran akan menjejaskan pendirian Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengenai masa untuk mengumumkan tarikh pilihan raya umum akan datang, Encik Wong berkata masanya bergantung kepada peralihan kepimpinan, apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyerahkan tampuk pemerintahan kepadanya.

“Jadi apabila ia berlaku, kita akan fikirkan bila pilihan raya perlu diadakan selepas itu,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >