Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

M³ dekati pertubuhan, kesatuan sekerja untuk dapatkan lebih ramai relawan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M³ dekati pertubuhan, kesatuan sekerja untuk dapatkan lebih ramai relawan

Mar 26, 2024 | 05:49 PM



Akur bahawa terdapat banyak cabaran yang dihadapi pekerja yang ingin menyumbang kepada masyarakat sebagai sukarelawan, M Kuasa Tiga (M³) telah meningkatkan usaha mendekati lebih banyak pertubuhan demi mendapatkan sokongan.

Pada 21 Mac, sekitar 100 anggota dan wakil enam kesatuan sekerja dan lima pertubuhan awam serta swasta dijemput menghadiri majlis berbuka puasa anjuran M³.

Majlis tersebut bertujuan menghubungkan kakitangan daripada kumpulan persatuan dan pelbagai organisasi untuk memberi mereka peluang mengetahui lebih lanjut mengenai peluang menjadi sukarelawan.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, turut hadir menyertai acara berbuka puasa tersebut yang diadakan di Kelab Masyarakat Kolam Ayer.

Ditemui media setelah berbuka puasa, Dr Maliki berkata sesi iftar sedemikian dapat mengenalkan pertubuhan dan pekerja kepada program masyarakat yang disediakan dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepadanya.

“Kita tahu bahawa semua program masyarakat memerlukan tenaga sukarelawan tetapi kita juga akur bahawa sebagai pekerja, mereka mempunyai tanggungjawab masing-masing dan di sinilah kita ingin mereka mendekati program tersebut, (melihat bagaimana) mereka mungkin boleh menyumbang kepada program yang mereka minati.

“Yang penting adalah kita dapat mendekati mereka, memahami keperluan mereka juga sebagai sumber sukarelawan dan bagaimana kita boleh membantu mereka tampil bekerjasama dengan kita,” ujar Dr Maliki.

Beliau berkata lebih banyak tenaga sukarelawan diperlukan bagi program yang dijalankan M³, termasuk Projek Dian, yang membolehkan sukarelawan itu mendekati keluarga muda yang mempunyai anak kecil dan menjadi model teladan kepada mereka.

Sukarelawan juga diperlukan untuk mendekati belia dan menjadi mentor mereka.

“Saya harap sesi sedemikian membuka mata mereka yang tidak pernah mengetahui keperluan masyarakat, apa yang disediakan hari ini, dan saya harap mereka dapat rasa dalam hati mereka untuk menyumbang dan sama-sama mengikuti kita dalam perjalanan membantu mereka yang memerlukan,” tambah Dr Maliki.

Menurut Dr Maliki, ramai di luar sana mahu menyumbang tenaga, namun sering tersekat oleh halangan seperti kesuntukan masa atau mempunyai tanggungjawab lain sebagai pekerja atau ibu bapa.

Oleh yang demikian, M³ mendekati pertubuhan untuk memberi mereka wadah baru bagi menggalakkan pekerja mereka menyumbang kepada masyarakat.

Beliau berharap organisasi dapat mewujudkan struktur yang membolehkan pekerja mereka menyumbang empat jam sebulan untuk kerja sukarelawan, dengan masa tersebut diambil dari waktu kerja mereka.

“Dengan ini, kita berharap lebih ramai dapat tampil kerana mereka rasa ini tidak memakan masa keluarga atau masa peribadi mereka, tapi ia menggunakan masa sebagai pekerja dan mereka mendapat sokongan majikan.

“Saya harap pertubuhan... melihat ini sebagai satu ruang untuk mereka menggalakkan para pekerja mereka memahami keperluan masyarakat dan menyumbang kepada masyarakat,” kata Dr Maliki.

Pengarah Perkhidmatan Kewangan/Pengasas Taqwa, Encik Qayyim Isa, yang turut hadir pada majlis iftar tersebut, berkata syarikatnya berminat melihat bagaimana pekerja mereka dapat memainkan peranan sebagai sukarelawan pertubuhan.

“Dengan melakukan kerja-kerja sukarelawan ini, kami dapat memahami keperluan masyarakat dan bagaimana kami dapat menyediakan penyelesaian untuk membantu keluarga Melayu/Islam daripada segi kewangan,” katanya.

Sebagai konsultan kewangan, kakitangan Taqwa dapat mendekati keluarga di bawah program M³ dan membantu mereka merancang kewangan sedia ada serta masa depan mereka, tambah Encik Qayyim.

Bagi Presiden Kesatuan Guru Singapura (STU), Encik Mohamed Salleh Md Nooh, meskipun belum ada sebarang kata putus sama ada anggota kesatuannya akan terlibat sama sebagai sukarelawan M³, beliau berkata Projek Dian “boleh menjadi pilihan” kepada anggota STU jika mereka ingin turut serta.

Timbalan Presiden Gabungan Kesatuan Pekerja Awam (AUPE), Cik Noorfarahin Ahmad, pula berkata anggotanya yang merupakan pekerja sektor awam mempunyai permintaan kerja yang agak tinggi, “justeru kami menghadapi beberapa cabaran untuk menarik anggota menyertai perjalanan (kesukarelawanan) ini”.

“Untuk lebih banyak organisasi digalakkan membenarkan pekerja mereka menjadi sukarelawan, mungkin mereka boleh memperkenalkan dasar cuti sukarelawan satu hingga dua hari atau menetapkan satu hingga dua hari sebagai Hari Khidmat Masyarakat bagi membolehkan pekerja menyumbang semula kepada masyarakat.

“Di sesetengah organisasi sektor awam, terdapat cuti sukarelawan yang membolehkan kakitangan mengambil cuti ini untuk melakukan kerja sukarela. Ini akan membantu mewujudkan budaya peduli dalam kalangan pekerja dalam organisasi juga,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >