Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Majlis buka puasa harmoni serlah semangat perpaduan

Tetamu daripada berlainan badan agama, kaum serikan acara anjuran Masjid Ar-Raudhah
Apr 5, 2024 | 5:30 AM
Majlis Berbuka Puasa Harmoni anjuran Masjid Ar-Raudhah dengan kerjasama beberapa badan akar umbi dan dihadiri 250 tetamu. Acara ini diadakan pada 24 Mac lalu.
Majlis Berbuka Puasa Harmoni anjuran Masjid Ar-Raudhah dengan kerjasama beberapa badan akar umbi dan dihadiri 250 tetamu. Acara ini diadakan pada 24 Mac lalu. - Foto KELAB MASYARAKAT BUKIT BATOK EAST

Suasana di Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok berbeza sedikit pada Ahad, 24 Mac lalu. Masjid ini mengadakan acara Majlis Berbuka Puasa Harmoni dengan kerjasama beberapa badan akar umbi.

Badan-badan yang dimaksudkan itu ialah Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Bukit Batok East dan Persatuan Kebajikan Visi 21 (Vision 21 Welfare Society).

Turut hadir selaku tetamu terhormat ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), juga Anggota Parlimen (AP) Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Jurong, Cik Rahayu Mahzam. Beliau turut berperanan selaku penasihat pertubuhan akar umbi GRC itu.

Beberapa acara yang diadakan termasuk bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Muhamad Mustafa dan syarahan mengenai ‘Keberkatan Ramadan’ oleh Ustaz Ahmad Syarif.

Ini disusuli dengan acara penyampaian zakat daripada Masjid Ar-Raudhah kepada beberapa penerima yang layak. Huluran bantuan kepada sebilangan keluarga yang memerlukan pertolongan dari kawasan Bukit Batok East ini juga telah diundang dan berbuka puasa pada majlis itu. Mereka juga menerima sumbangan beg-beg berisi barang keperluan dapur.

Beberapa lagi hadirin dalam acara Buka Puasa Antara Agama itu ialah tetamu daripada Church of St Mary of the Angels, Tasek Academy and Social Services, M³ diwakili Yayasan Mendaki dan Mesra (badan penyelaras kegiatan Melayu Persatuan Rakyat) serta Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan India (IAEC).

Masjid Ar-Raudhah telah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pengerusi Persatuan Kebajikan Visi 21, Encik Zacree Zain, yang telah menyumbang barangan dapur dan baju Hari Raya untuk keluarga yang memerlukan bantuan itu.

CARA MENDERMA KEPADA MASJID AR-RAUDHAH

1. PayNow ke: UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Hantarkan cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah dan poskan ke alamat 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Imbas kod QR yang disediakan untuk memberi sumbangan ikhlas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg