Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Maliki: S’pura sokong gencatan senjata segera konflik Israel-Hamas, tebusan dibebas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: S’pura sokong gencatan senjata segera konflik Israel-Hamas, tebusan dibebas

Feb 23, 2024 | 08:34 PM



Singapura menyokong tuntutan gencatan senjata kemanusiaan segera di Semenanjung Gaza bagi memudahkan penghantaran bantuan kepada orang awam yang terjejas, dan menggesa pembebasan selamat, segera dan tanpa syarat semua tebusan awam, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman. 

Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), menekankan lagi pendirian Singapura mengenai konflik yang sedang berlaku di Gaza itu pada mesyuarat menteri luar Kumpulan 20 (G20) pada 21 dan 22 Februari di Rio de Janeiro, Brazil.

Beliau turut berkata bahawa keadaan di Gaza kian “membimbangkan”.

Israel telah meningkatkan serangan udara di Rafah, bandar selatan Gaza di sepanjang sempadan dengan Mesir, tempat sekitar 1.4 juta rakyat Palestin sedang mencari perlindungan.

Jumlah kematian yang semakin meningkat di wilayah itu, dianggarkan oleh pihak berkuasa kesihatan Gaza hampir 30,000 orang, telah mencetuskan kebimbangan antarabangsa yang semakin meningkat dengan rundingan gencatan senjata sedang dijalankan.

Terdapat rayuan antarabangsa untuk menghentikan serangan, termasuk dari sekutu utama Israel, Amerika Syarikat, dengan Brazil menjadi negara terbaru mengkritik tindakan Israel di Gaza. 

Presiden Brazil, Encik Luiz Inacio Lula da Silva, berkata pada 15 Februari selepas bertemu rakan sejawatannya dari Mesir, Encik Abdel Fattah al-Sisi, bahawa Brazil mengutuk serangan kumpulan Hamas, yang mentadbir Jaluran Gaza, ke atas orang awam Israel pada 7 Oktober, tetapi tindak balas Israel yang “tidak seimbang dan sembarangan” tidak boleh diterima.

Menteri Luar Brazil, Encik Mauro Vieira, berkata para pemimpin yang hadir di mesyuarat G20 hampir sebulat suara dalam menyokong penyelesaian dua negara sebagai satu-satunya jalan menuju keamanan dalam konflik itu.

Dr Maliki berkata landskap geopolitik semasa “sangat membimbangkan”, dan menambah bahawa Singapura turut bimbang mengenai ketegangan yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Beliau menambah bahawa laluan perdagangan kapal antarabangsa di Laut Merah telah terganggu oleh serangan kumpulan Houthi yang menyalahi undang-undang, dan menekankan bahawa laluan tersebut perlu sentiasa kekal terbuka dan selamat.

Dr Maliki berkata di bawah kepimpinan Brazil, anggota G20, sebuah perkumpulan yang merangkumi kebanyakan ekonomi terbesar dunia, perlu secara kolektif menyokong dan berusaha ke arah meredakan ketegangan di seluruh dunia, dan untuk mengelak kembali ke Perang Dingin, di mana dunia berpecah dan negara-negara bertelagah antara satu sama lain.

“Mempunyai perintah antarabangsa yang terbuka, inklusif dan berasaskan peraturan adalah penting untuk menangani cabaran yang kita hadapi hari ini,” kata beliau. 







Dr Maliki turut menarik perhatian terhadap dua bidang besar yang memerlukan kerjasama pelbagai hala lebih kukuh berbanding sebelum ini, iaitu isu kebuluran dan kemiskinan di negara membangun serta perubahan iklim.

Mengenai perubahan iklim, Dr Maliki menegaskan komitmen Singapura untuk menggerakkan hingga AS$5 bilion ($6.7 bilion) daripada modal komersial dan konsesi untuk menggerakkan peralihannya kepada bahan api yang lebih bersih.

Singapura juga akan terus menyumbang kepada pembangunan kapasiti di negara membangun dalam bidang ini, secara dua hala dan dengan kerjasama negara ketiga.

Singapura penyelaras bagi tiga kumpulan – Forum Negara Kecil (Foss), Kumpulan Tadbir Urus Global dan Kumpulan Negara Kecil yang ditubuhkan baru-baru ini – yang menyediakan platform bagi negara kecil menyumbang pandangan dan input kepada pertubuhan antarabangsa seperti G20 dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Singapura akan melakukan bahagiannya untuk menyumbang kepada kerja penting G20, terutamanya dalam membantu negara membangun mencapai matlamat pembangunan mampan kita,” kata Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >