Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Penahanan ISA peringatan serius, suram tentang ancaman radikalisasi belia di S’pura

Perlu libat golongan muda dalam perbincangan terbuka tentang bahaya radikalisasi
Apr 3, 2025 | 2:01 PM
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata adalah penting untuk melibatkan golongan muda dalam perbincangan terbuka tentang bahaya radikalisasi dan melengkapkan mereka dengan kemahiran berfikiran kritis untuk membezakan kandungan berbahaya dalam talian.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata adalah penting untuk melibatkan golongan muda dalam perbincangan terbuka tentang bahaya radikalisasi dan melengkapkan mereka dengan kemahiran berfikiran kritis untuk membezakan kandungan berbahaya dalam talian. - Foto ZAOBAO

Berita mengenai dua remaja Singapura yang menjadi radikal sendiri adalah peringatan yang serius dan suram tentang ancaman berterusan radikalisasi belia, termasuk di Singapura, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Dalam hantaran di Facebook pada 2 April, Encik Masagos yang merupakan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata adalah penting melibatkan golongan muda dalam perbincangan terbuka tentang bahaya radikalisasi dan melengkapkan mereka dengan kemahiran berfikiran kritis untuk membezakan kandungan berbahaya dalam talian.

Dengan itu, ia akan melindungi mereka daripada menjadi mangsa pengaruh sedemikian.

“Kita semua mesti menggandakan usaha dan bekerjasama rapat dengan sekolah, ibu bapa, keluarga dan masyarakat untuk memupuk daya tahan dengan menggalakkan nilai perpaduan, keterangkuman, empati dan warga digital yang bertanggungjawab.

“Kita juga mesti terus memupuk hubungan yang kukuh merentas masyarakat dan kumpulan kepercayaan kita yang berbeza untuk mempamerkan keindahan warisan budaya dan agama yang pelbagai dan kaya serta rasa kebersamaan sebagai rakyat Singapura,” kata Encik Masagos.

Beliau berkata demikian susulan pengumuman Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada 2 April mengenai dua remaja Singapura yang menjadi radikal sendiri.

Kededua remaja tersebut masing-masing telah dikenakan Arahan Sekatan (RO) dan Perintah Tahanan (DO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dia bercita-cita berkahwin dengan anggota ISIS dan bersama kumpulan itu di Syria. Dia telah ditangkap oleh ISD pada Februari.

Menurut ISD, ibunya sedar anaknya itu telah menggunakan bahan pro-ISIS dan telah menasihatinya supaya tidak berbuat demikian.

Namun, beliau tidak fikir tingkah lakunya memerlukan campur tangan selanjutnya.

Dia telah merancang untuk membunuh sekurang-kurangnya 100 orang Islam ketika mereka hendak keluar selepas solat Jumaat, sebelum membunuh dirinya sendiri.

Dia mendapat inspirasi daripada kes tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, pada Mac 2019, yang menyaksikan 51 orang Islam dibunuh, dan mahu menggandakan jumlah yang terbunuh itu di Singapura.

Namun, rancangannya telah dihalang oleh ISD dan DO di bawah ISA telah dikeluarkan terhadapnya pada Mac.

Dalam hantaran di media sosial, Encik Masagos berkata golongan muda semakin terdedah kepada radikalisasi dalam talian apabila kumpulan pelampau mengeksploitasi media sosial dan wadah digital untuk menyebarkan ideologi ekstremis mereka. 

Beliau menambah kumpulan-kumpulan itu bergantung kepada sifat ingin tahu, emosi dan semangat kekitaan yang belia cari, lantas memancing mereka ke laluan berbahaya yang boleh membawa kepada pengganasan dan kemusnahan.

“Pada masa-masa seperti ini, adalah penting untuk kita hayati keamanan dan menyelesaikan perselisihan kita bersama.

“Kita tidak boleh membiarkan konflik luar negara meruntuhkan fabrik sosial negara kita.

“Biarlah peristiwa ini menguatkan tekad kita untuk saling menjaga dan melindungi keamanan, keselamatan dan keharmonian sosial negara kita,” tambah Encik Masagos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg