Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

BH dekati pembaca muda di Raikan Ilmu@Heartlands 2025 dengan pelbagai kegiatan menarik

Pengunjung berpeluang jadi ‘tamu’ sesi podcast, cuba permainan perkataan, asah kemahiran terjemah dan teroka alat AI
Jul 4, 2025 | 4:41 PM
BH, dekati pembaca muda, Raikan Ilmu@Heartlands 2025
Akhbar Berita Harian (BH) berusaha untuk mendekati golongan pembaca muda di Raikan Ilmu@Heartlands 2025. Contohnya, gambar menunjukkan sesi podcast siaran langsung #NoTapis bersama band ‘Indie’ dari Malaysia, Kugiran Masdo, di reruai BHazar Berita Harian sempena Ramadan di Anjung@Wisma Geylang Serai pada April 2023. - Foto fail

Akhbar Berita Harian (BH) berusaha untuk mendekati golongan pembaca muda di Raikan Ilmu@Heartlands 2025 menerusi pelbagai kegiatan menarik.

Pengunjung reruai BH akan berpeluang duduk di ruang podcast.

Selain itu, mereka juga boleh bermain permainan perkataan, mencuba kemahiran terjemahan, serta meneroka alat kecerdasan buatan (AI).

Pengunjung bakal berpeluang mencuba permainan perkataan, mengasah ilmu terjemahan, serta meneroka alat kecerdasan buatan (AI) di reruai Berita Harian (BH) di Raikan Ilmu@Heartlands 2025. Gambar merakam pengunjung ketika melewati reruai BHazar Berita Harian di Anjung@Wisma Geylang Serai pada April 2023.
Pengunjung bakal berpeluang mencuba permainan perkataan, mengasah ilmu terjemahan, serta meneroka alat kecerdasan buatan (AI) di reruai Berita Harian (BH) di Raikan Ilmu@Heartlands 2025. Gambar merakam pengunjung ketika melewati reruai BHazar Berita Harian di Anjung@Wisma Geylang Serai pada April 2023. - Foto fail

Lebih 100 kegiatan akan disediakan di Raikan Ilmu@Heartlands 2025, yang akan diadakan di tiga lokasi – Our Tampines Hub, Safra Choa Chu Kang, dan Northpoint City. 

Namun, BH hanya akan mengadakan reruai di dua lokasi – Our Tampines Hub pada 12 dan 13 Julai; serta di Northpoint City pada 27 Julai.

Raikan Ilmu@Heartlands, anjuran Yayasan Mendaki, bertujuan untuk memberi keluarga yang mempunyai anak kecil, golongan belia dan pekerja, pengalaman pembelajaran yang menyeluruh dan interaktif.

Dengan kerjasama bersama 60 rakan masyarakat, korporat dan agensi nasional, Raikan Ilmu@Heartlands kali ini menampilkan lima teras.

Ini termasuk Masa Depan Pembelajaran; Kerjaya dan Pembangunan Diri; Kesihatan & Kesejahteraan; Kelestarian & Alam Sekitar serta Seni Kreatif & Budaya.

Antara program yang disediakan di reruai BH ialah bertemu dengan wartawan dan mencuba pengalaman menyertai podcast #NoTapis bersama mereka.

Wartawan BH akan memberikan penjelasan ringkas tentang bagaimana BH menghasilkan podcast, sebelum peserta diberi peluang menjadi ‘tetamu’ dalam sesi podcast tersebut dengan topik ‘Apakah cita-cita awak apabila besar nanti?’.

Gambar pengunjung semasa sesi podcast akan diambil dan dimasukkan ke dalam templat muka depan BH menerusi Canva sebelum menerima halaman tersebut melalui AirDrop atau e-mel untuk dijadi kenangan.

Selain itu, pengunjung berpeluang meneroka aplikasi dan laman web BH yang telah diperbaharui.

Mereka juga boleh mencuba pelbagai alat AI yang direka untuk mempertingkat pengalaman pengguna dan menggalakkan pembelajaran bahasa, termasuk alat terjemahan, alat rumusan AI serta kuiz BH.

Para pelajar juga berpeluang meneroka kandungan menarik dan pelbagai kegiatan praktikal buat mereka di Gen G dan Cilik Cerdik, antaranya aktiviti teka-teki perkataan, kraf dan melukis.

GenG merupakan akhbar khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, manakala Cilik Cerdik ialah majalah khas untuk untuk kanak-kanak prasekolah.

Selain itu, pengunjung berpeluang menerima beg jinjing BH dan belon jika mereka mengisi tinjauan ringkas serta mengikuti saluran Telegram dan WhatsApp BH.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg