Faishal: Program ‘Santunan Emas’ penuhi keperluan semasa warga senja

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faishal: Program ‘Santunan Emas’ penuhi keperluan semasa warga senja

Program yang diperkenal sejak Okt 2024 di peringkat akar umbi jadikan masjid nadi penting jalin hubungan masyarakat
Jan 31, 2026 | 7:56 PM

Faishal: Program ‘Santunan Emas’ penuhi keperluan semasa warga senja

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, santunan emas, warga emas
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kanan), menggesa masyarakat untuk terus bekerjasama dengan badan-badan tertentu dan meraih kelebihannya terutamanya bagi aspek kesihatan bagi warga emas. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Sistem kesihatan Singapura ialah yang terbaik di dunia, lantas masyarakat Melayu/Islam di sini perlu memanfaatkan sistem yang tersedia untuk membantu golongan warga emas, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Menurutnya, program seperti Santunan Emas anjuran Masjid Al-Muttaqin bersama Ma:een dan Pusat Penuaan Aktif Muhammadiyah, adalah salah satu contoh di mana ia memanfaatkan sumber yang tersedia untuk memenuhi keperluan semasa warga emas.

Berucap di jerayawara atau roadshow Santunan Emas di Masjid Darul Ghufran pada 31 Januari, Dr Faishal berkata usaha itu sekali gus menonjolkan peranan masjid sebagai pemangkin pembangunan sosial di dalam masyarakat.

Sesuai dengan itu, beliau menggesa masyarakat untuk terus bekerjasama dengan badan-badan tertentu dan meraih kelebihannya.

“Sistem kesihatan kita adalah yang paling terbaik di dunia.

“Justeru, saya gembira kerana program ini (Santunan Emas) bekerjasama dengan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), Kementerian Kesihatan (MOH) dan Pejabat Generasi Warga Emas, kerana kita dapat memberikan sokongan yang terbaik kepada masyarakat.

“Kalau kita tidak bekerjasama dengan mereka, masyarakat kita akan kerugian,” katanya.

Dr Faishal turut memuji bagaimana Santunan Emas terus berkembang sejak kali pertama diusahakan pada Oktober 2024.

Ketika itu, ia hanya menumpukan pada kuliah bagi warga emas yang disampaikan oleh mantan Mufti, Ustaz Dr Mohamad Fatris Bakaram, di Masjid Al-Muttaqin.

Program yang menggabungkan bimbingan agama dengan sokongan ke arah penuaan aktif itu, kini sudah melaksanakan beberapa program kesihatan lain seperti senaman – selepas kuliah pagi bersama Ustaz Fatris pada setiap Rabu di masjid itu.

Ia juga mempunyai portal khusus yang menghimpunkan kuliah serta pelbagai acara di bawah program tersebut, termasuk kelas menjahit dan sesi perkongsian bersama penduduk Rumah Jagaan Ren Ci.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (tengah), bergambar bersama hadirin di jerayawara atau ‘roadshow’ ‘Santunan Emas’ di Masjid Darul Ghufran pada 31 Januari.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (tengah), bergambar bersama hadirin di jerayawara atau ‘roadshow’ ‘Santunan Emas’ di Masjid Darul Ghufran pada 31 Januari. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Dr Faishal menggariskan bagaimana masjid kini bukan sahaja dilihat sebagai pusat ibadah, malah nadi penting untuk menjalin hubungan masyarakat dan meraih ketenangan ketika cabaran menimpa.

“Inisiatif ini (Santunan Emas) bermula sebagai satu usaha di peringkat akar umbi yang organik dan mula berkembang secara mampan melalui pendekatan kerjasama yang tersusun, terangkum, serta saling melengkapi antara masjid, rakan kerjasama dan masyarakat setempat,” tambahnya.

Dr Faishal juga melahirkan kebanggaannya kerana program tersebut kini sudah menjangkau di sektor berbeza di Singapura.

Ini termasuk Masjid Darul Makmur, Masjid Yusof Ishak dan beberapa pusat penuaan aktif lain dengan sokongan agensi AIC dan Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG).

Jerayawara itu juga merupakan kerjasama antara tiga masjid – Masjid Al-Muttaqin, Masjid Darul Ghufran dan Masjid Hasanah.

Acara yang dihadiri hampir 600 jemaah dari seluruh Singapura itu merangkumi warga emas dan golongan muda, serta disiarkan secara langsung menerusi wadah Facebook 30 masjid di sini.

Acara selama setengah hari itu menampilkan forum agama bagi membincangkan isu fiqah Ramadan untuk warga emas, berjudul Solat dan Puasa untuk yang berusia – yang disampaikan tokoh agama dan kesihatan.

Ahli panel termasuk, Imam Eksekutif Masjid Darul Ghufran, Ustaz Jamaluddin Abdul Wahab; Pengurus Masjid Al-Iman, Ustaz Khairil Amri Abd Hamid; dan Perunding Kanan (Jabatan Endokrinologi) Hospital Besar Sengkang, Dr Suezaini Zainudin.

Forum agama membincangkan isu fiqah Ramadan untuk warga emas, berjudul ‘Solat dan Puasa untuk yang berusia’ – telah disampaikan tokoh agama dan kesihatan. Ahli panel termasuk (dari kiri) Pengurus Masjid Al-Iman, Ustaz Khairil Amri Abd Hamid; Imam Eksekutif Masjid Darul Ghufran, Ustaz Jamaluddin Abdul Wahab; dan Perunding Kanan (Jabatan Endokrinologi) Hospital Besar Sengkang, Dr Suezaini Zainudin.
Forum agama membincangkan isu fiqah Ramadan untuk warga emas, berjudul ‘Solat dan Puasa untuk yang berusia’ – telah disampaikan tokoh agama dan kesihatan. Ahli panel termasuk (dari kiri) Pengurus Masjid Al-Iman, Ustaz Khairil Amri Abd Hamid; Imam Eksekutif Masjid Darul Ghufran, Ustaz Jamaluddin Abdul Wahab; dan Perunding Kanan (Jabatan Endokrinologi) Hospital Besar Sengkang, Dr Suezaini Zainudin. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Acara tersebut merupakan siri jerayawara keempat mereka selepas tiga program yang diadakan pada 2025 – satu di Masjid Al-Muttaqin dan dua di Masjid Darul Makmur – untuk meluaskan jangkauan mereka.

Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat Masjid Al-Muttaqin, Ustaz Muhammad Khidir Haji Mohamed Ibrahim, menjelaskan kepada Berita Minggu (BM) jerayawara kali ini diadakan di bahagian timur Singapura kerana Tampines mempunyai demografik masyarakat Melayu/Islam yang agak tinggi, dan masjid ingin mendekati mereka.

Beliau, yang juga bertugas sebagai peneraju program Santunan Emas, berkata antara tujuan utama program itu diadakan ialah untuk memberikan semangat kepada warga emas agar mereka tidak berpatah arah.

Selain itu, beliau menambah, program tersebut merupakan wadah terbaik untuk golongan tersebut mendapat pencerahan mengenai usaha nasional bagi golongan itu, di samping mendekatkan diri mereka kepada masjid.

“Apabila kita menganjurkan aktiviti seperti senaman untuk warga emas, tujuannya adalah untuk mendekatkan mereka kepada pemahaman tentang kepentingan kesihatan tubuh badan – yang juga sebahagian daripada usaha memelihara agama.

“Itulah antara peranan masjid sebagai jambatan penghubung, yang menghubungkan masyarakat dengan agensi-agensi di Singapura,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg