Festival SalamSG saji pelbagai program dekati semua lapisan masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Festival SalamSG saji pelbagai program dekati semua lapisan masyarakat

Feb 7, 2026 | 5:30 AM

Festival SalamSG saji pelbagai program dekati semua lapisan masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, Muis, Festival SalamSG
Festival SalamSG diadakan pada 7 Februari di Masjid Yusof Ishak. - Foto MUIS

Festival SalamSG pertama yang diadakan pada 7 Februari di Masjid Yusof Ishak menyajikan pelbagai program sesuai untuk setiap peringkat umur masyarakat Singapura.

Bercakap kepada Berita Harian (BH), Pengerusi Bersama SalamSG Ramadan, Ustaz Mohammad Fairuz Shah Sudiman, berkata festival itu merupakan antara usaha mereka lebih giat mendekati masyarakat.

Selain daripada forum, program untuk wanita, bengkel untuk ibu bapa bagi mempersiapkan Ramadan bersama anak-anak dan reruai makanan dan minuman serta pakaian, festival itu juga akan terdiri daripada pembahagian cenderahati kepada penduduk Rumah Penjagaan Ren Ci di Hospital Woodlands.

Mereka akan mendekati golongan Islam dan bukan Islam untuk menzahirkan kasih sayang mereka terhadap kumpulan itu menjelang Ramadan, kata Ustaz Fairuz, yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif Masjid Yusof Ishak, di 10 Woodlands Drive 17.

Festival tersebut juga bertepatan dengan pelancaran inisiatif SalamSG 2026.

Ustaz Fairuz menjelaskan pelancaran SalamSG kali ini bertepatan dengan festival sulung itu kerana mereka ingin mendekati masyarakat dengan lebih dekat.

“Pada tahun-tahun sebelum ini, pelancaran program SalamSG dilaksanakan secara sederhana.

“Pada 2025, ia diadakan menerusi Persidangan Sektor Satu Masjid (OMS) dan pada 2026, kami ingin mendekati masyarakat dengan lebih rapat serta menerapkan nilai-nilai yang ingin diketengahkan SalamSG kali ini.

“Festival ini bertujuan mengajak masyarakat berkembang secara menyeluruh dari sudut rohani, fizikal dan emosi.”

Berikut ialah program yang disajikan di Festival SalamSG pada 7 Februari:

– Syarahan Ramadan akan disampaikan oleh Ustaz Hafiizh Rapiee, Ustazah Syariati Sulaiman dan moderatornya, Ustaz Idris Rifaie.

– Usrah Muslimah akan dikendalikan oleh Ustazah Liyana Musfirah dan Fiza O.

– Bengkel Ramadan untuk ibu bapa akan dikongsikan oleh Ustazah Su’aidah Salim dan guru daripada Little Quran Kids. Khidmat menjaga anak atau ‘childminding’ turut disediakan.

– Forum astronomi oleh Ustaz Haziq Zainal.

– Syarahan Ramadan oleh Ustaz Burhanuddin SR.

– Pembahagian cenderahati kepada penduduk Rumah Penjagaan Ren Ci di Hospital Woodlands.

View post on Instagram
 

“Festival ini bertujuan mengajak masyarakat berkembang secara menyeluruh dari sudut rohani, fizikal dan emosi.”
Ustaz Mohammad Fairuz Shah Sudiman, Pengerusi Bersama SalamSG Ramadan, yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif Masjid Yusof Ishak.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg