Kemalangan maut di Chinatown: Pemandu diberkas selepas kanak-kanak 6 tahun meninggal dunia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kemalangan maut di Chinatown: Pemandu diberkas selepas kanak-kanak 6 tahun meninggal dunia

Feb 8, 2026 | 12:38 PM

Kemalangan maut di Chinatown: Pemandu diberkas selepas kanak-kanak 6 tahun meninggal dunia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
chinatown accident, 6 year old dead
Gambar yang dimuat naik awam ke laman Facebook SG ROAD VIGILANTE. - Foto SG ROAD VIGILANTE

Seorang wanita berusia 38 tahun telah ditangkap berhubung kemalangan di Chinatown pada 6 Februari yang meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, kata polis pada 8 Februari.

Polis menyatakan wanita itu ditangkap pada 6 Februari kerana memandu tanpa pertimbangan yang munasabah sehingga menyebabkan kematian.

Siasatan masih dijalankan, kata polis.

Kemalangan di South Bridge Road itu melibatkan seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia enam tahun.

Kanak-kanak perempuan itu kemudian meninggal dunia di hospital akibat kecederaannya.

Menurut akhbar bahasa Cina, Lianhe Zaobao, pasangan ibu dan anak itu adalah pelancong dari Indonesia.

Ia menambah bahawa insiden itu berlaku di tempat letak kereta bersebelahan Kuil Buddha Tooth Relic.

Gambar-gambar kemalangan itu dimuat naik ke laman Facebook SG Road Vigilante, dengan kapsyen menyatakan ia berlaku ketika pemandu sedang membelok keluar dari tempat letak kereta.

Seorang lelaki dilihat mendukung seorang kanak-kanak perempuan di tepi jalan dalam salah satu gambar tersebut.

Dari Januari hingga September 2025, kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kecederaan dan kematian meningkat sebanyak 7.4 peratus kepada 5,765, berbanding 5,368 dalam tempoh yang sama pada 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg