Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Darussalam jalani kerja peningkatan $10.3j mulai Sep

Operasi dan solat lima waktu diteruskan hingga penambahbaikan selesai pada 2027
Jul 11, 2025 | 8:02 PM
Masjid Darussalam di Clementi akan menjalani kerja penambahbaikan pada September dan dijadual selesai pada 2027.
Masjid Darussalam di Clementi akan menjalani kerja penambahbaikan pada September dan dijadual selesai pada 2027. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Masjid Darussalam akan menjalani kerja penambahbaikan bermula September ini.

Ini merupakan penambahbaikan besar-besaran pertama bagi Masjid Darussalam sejak ia dibuka pada 1988.

Namun masjid yang terletak di Commonwealth Avenue West itu akan tetap beroperasi sepanjang tempoh kerja peningkatan tersebut.

Demikian dikongsi Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, ketika bertemu wartawan di Masjid Darussalam, selepas solat Jumaat pada 11 Julai.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), antara ciri terkini masjid itu ialah ia mampu menampung sehingga 3,300 anggota jemaah berbanding 3,000 sekarang ini.

Beberapa kemudahan terbaru termasuk ruang baru dua tingkat di kawasan tengah masjid, serta lif dan tangga di bahagian tengah untuk memudahkan pergerakan orang ramai.

Sistem pengudaraan juga akan dipertingkat, prasarana sedia ada dioptimumkan, serta muka bangunan masjid bakal disegarkan.

Masjid Darussalam akan menjalani kerja penambahbaikan dalam dua fasa selama dua tahun, dan dijangka siap sepenuhnya pada 2027.

Fasa pertama melibatkan dewan solat utama, manakala fasa kedua merangkumi bangunan tambahan yang mempunyai auditorium dan kemudahan lain.

Masjid Darussalam akan menjalani kerja penambahbaikan besar-besaran pertama sejak ia dibuka pada 1988.
Masjid Darussalam akan menjalani kerja penambahbaikan besar-besaran pertama sejak ia dibuka pada 1988. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Apabila ditanya Berita Harian (BH) mengenai operasi masjid itu sedang kerja penambahbaikan dilakukan, Dr Faishal menjawab, Masjid Darussalam akan terus beroperasi sementara kerja penambahbaikan dijalankan dengan solat lima waktu diteruskan dan aspek pentadbiran dijalankan di situ.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kiri) berkata Masjid Darussalam akan terus beroperasi sementara kerja penambahbaikan dijalankan. Beliau dilihat bersama Pengerusi Masjid Darussalam, Ustaz Rashid Ramli (kiri); Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen (dua dari kanan); dan Pengarah Kanan Sektor Satu Masjid Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Zalman Putra Ahmad Ali (kanan).
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kiri) berkata Masjid Darussalam akan terus beroperasi sementara kerja penambahbaikan dijalankan. Beliau dilihat bersama Pengerusi Masjid Darussalam, Ustaz Rashid Ramli (kiri); Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen (dua dari kanan); dan Pengarah Kanan Sektor Satu Masjid Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Zalman Putra Ahmad Ali (kanan). - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Kerja pembinaan di Masjid Darussalam dianggarkan menelan belanja sekitar $10.3 juta dan setakat ini sebanyak $8 juta telah dikumpulkan.

Sebagai sebahagian usaha mengumpul dana, Masjid Darussalam akan meneruskan inisiatif seperti ceramah agama, kempen amal dan tabung derma di pelbagai masjid di seluruh Singapura.

Masjid Darussalam menjadi masjid terkini yang akan menjalani Program Naik Taraf Masjid (MUP).

Sebelum ini, beberapa masjid telah menjalaninya termasuk Masjid Khalid, Masjid Bencoolen, Masjid Malabar dan Masjid Darul Makmur.

Masjid Darul Makmur di Yishun dibuka semula pada Hari Raya Haji pada Jun lalu selepas menjalani peningkatan selama dua tahun dengan kos $15 juta.

Lawatan Dr Faishal ke Masjid Darussalam lebih manis kerana membawanya ke zaman beliau menjadi anggota Lembaga Pengurusan Masjid di situ.

Beliau memegang jawatan Penolong Bendahari dari 2001 hingga 2003; dan sebagai Naib Pengerusi dari 2003 hingga 2005.

Mengimbau pengalamannya, Dr Faishal berkata walau mereka menghadapi pelbagai cabaran, ia membantu pihak masjid membangunkan satu masyarakat masjid yang padu di masjid itu.

“Saya gembira dapat melihat masjid seperti Masjid Darussalam ini dibangunkan dari segi kerja penambahbaikan.

“Ini merupakan satu pencapaian penting bagi jemaah di Clementi dan kawasan sekitarnya... mereka dapat merasakan prasarana baru dan juga tempat ruang solat yang lebih banyak,” ujarnya.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kanan), pernah menjawat jawatan Penolong Bendahari dari 2001 hingga 2003; dan sebagai Naib Pengerusi dari 2003 hingga 2005 di Masjid Darussalam.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kanan), pernah menjawat jawatan Penolong Bendahari dari 2001 hingga 2003; dan sebagai Naib Pengerusi dari 2003 hingga 2005 di Masjid Darussalam. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (tengah), pernah menjawat jawatan Penolong Bendahari dari 2001 hingga 2003; dan sebagai Naib Pengerusi dari 2003 hingga 2005 di Masjid Darussalam. 
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (tengah), pernah menjawat jawatan Penolong Bendahari dari 2001 hingga 2003; dan sebagai Naib Pengerusi dari 2003 hingga 2005 di Masjid Darussalam.  - Foto MASJID DARUSSALAM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg