Umat Islam S’pura mula berpuasa 19 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Umat Islam S’pura mula berpuasa 19 Feb

Awal Ramadan 1447 Hijrah jatuh pada Khamis, 19 Feb
Feb 17, 2026 | 7:28 PM

Umat Islam S’pura mula berpuasa 19 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Umat Islam di Singapura akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari.
Umat Islam di Singapura akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari. - Foto dijana AI

Masyarakat Islam di Singapura akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari 2026.

Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir mengisytiharkan awal Ramadan 1447 Hijrah jatuh pada hari tersebut.

Dr Nazirudin, menerusi kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 17 Februari, berkata:

“Mengikut kiraan hisab, anak bulan Ramadan tidak berada di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi kerana bulan telah terbenam empat minit lebih awal daripada matahari.

“Ini bererti esok (18 Februari) adalah hari pencukup bulan Syaaban sebanyak 30 hari.”

“Oleh yang demikian, sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Ramadan pada tahun 1447H jatuh pada lusa, Khamis, bersamaan 19 Februari 2026.”

Dalam pada itu, Muis pada 16 Februari turut mengumumkan kadar fidyah yang disemak daripada $1.40 kepada $4 sehari.

Mulai Ramadan 2026, kadar fidyah ditentukan berdasarkan harga satu hidangan makanan sederhana di Singapura, dan bukan lagi berdasarkan timbangan berat beras (satu mudd).

Menurut Muis, langkah tersebut diambil menyusuli maklum balas masyarakat bahawa kadar lama tidak lagi mencukupi untuk membiayai satu hidangan lengkap bagi golongan memerlukan mengikut konteks kos sara hidup semasa.

Justeru, Muis berkata ia telah mendapatkan pandangan Jawatankuasa Fatwa bagi melakukan semakan kadar yang lebih menyeluruh. Kadar fidyah juga akan dikaji semula setiap tiga tahun supaya selaras dengan inflasi dan harga makanan.

Sejajar dengan itu, Jawatankuasa Fatwa turut menetapkan bahawa bayaran fidyah secara berganda tidak diwajibkan bagi mereka yang menangguhkan penggantian puasa atas sebab-sebab yang dibenarkan.

Menurut Muis dalam kenyataannya pada 16 Februari, kedua-dua keputusan tersebut dibuat susulan kajian menyeluruh Jawatankuasa Fatwa terhadap rujukan dan prinsip Islam.

Fidyah ialah kewajipan agama yang biasanya melibatkan menggantikan puasa yang terlepas semasa Ramadan dengan amalan memberi makanan kepada orang miskin atau yang memerlukan.

Ia diamalkan oleh orang yang tidak dapat berpuasa atas sebab yang dibenarkan, seperti penyakit kronik, usia lanjut dan masalah kesihatan berlanjutan yang menyebabkan seseorang tidak dapat ‘membayar’ puasa di luar bulan Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg