Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhammadiyah dekati masyarakat barat S’pura melalui nasi beriani 

Sebanyak 1,000 paket beriani diagih bagi projek amal SG60, ‘Beriani Barakah’, kepada penduduk, pekerja migran
Aug 11, 2025 | 12:02 PM
Beriani Barakah, Muhammadiyah
Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Undang-undang), yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong East-Bukit Batok, Encik Murali Pillai (tiga dari kiri) mengagihkan beriani amal Persatuan Muhammadiyah sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Singapura yang ke-60 (SG60) kepada pasangan suami isteri, Encik Mohd Ibrahim Abdul (dua dari kanan) dan Cik Chendah Zakaria (tiga dari kanan) di Blok 448D Bukit Batok West pada 10 Ogos. - Foto BH oleh KHALID BABA

Dua bungkus nasi beriani setiap seorang sudah cukup untuk membuatkan beberapa penduduk Bukit Batok West mengukir senyuman ceria pada hujung minggu.

Inisiatif ‘Beriani Barakah’ yang diusahakan di kawasan kejiranan itu pada 10 Ogos oleh Persatuan Muhammadiyah adalah bagi mendekati masyarakat di kawasan barat Singapura di samping memperkukuh peranan persatuan itu dalam menyalur bantuan sosial.

Mengulas mengenai pemilihan lokasi Bukit Batok West itu kepada Berita Harian (BH), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abd Salim, berkata:

“Kebanyakan institusi Muhammadiyah terletak di kawasan utara dan timur Singapura. Sebelum ini, kami telah bekerjasama dengan penduduk Bukit Batok selama beberapa tahun.

“Ini merupakan satu lagi langkah untuk memperkukuh kehadiran kami di kawasan barat Singapura.”

Pada 2024, Muhammadiyah pernah mengagihkan daging korban kepada penduduk Bukit Batok, manakala tahun ini (2025), mereka menggunakan daging korban dari Australia untuk disediakan dalam hidangan nasi beriani.

Nasi itu sekali gus bukan sahaja boleh dinikmati oleh masyarakat Melayu, malah turut dinikmati oleh masyarakat lain, tambahnya yang juga merupakan Setiausaha Agung persatuan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abd Salim (dua dari kanan) berkata kebanyakan institusi Muhammadiyah terletak di bahagian utara dan timur Singapura. Justeru, pengagihan nasi beriani di Bukit Batok West merupakan satu lagi langkah untuk mendekati rakyat Singapura di kawasan barat.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abd Salim (dua dari kanan) berkata kebanyakan institusi Muhammadiyah terletak di bahagian utara dan timur Singapura. Justeru, pengagihan nasi beriani di Bukit Batok West merupakan satu lagi langkah untuk mendekati rakyat Singapura di kawasan barat. - Foto BH oleh KHALID BABA

Pengagihan itu merupakan sebahagian program SG60 Bersama yang dianjurkan Persatuan Muhammadiyah bagi memupuk rasa ihsan terhadap golongan yang memerlukan serta mengukuhkan semangat perpaduan sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-60.

Pada hari terakhir pengagihan, Muhammadiyah telah mengadakan dua sesi pengagihan.

Sekitar 600 bungkus nasi beriani diagihkan kepada pekerja migran di ruang penginapan mereka di Lodge Sungei Tengah.

Sesi kedua pula melibatkan pengagihan kira-kira 400 bungkus kepada penduduk Bukit Batok, dengan kerjasama Kelab Masyarakat (CC) dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) kejiranan itu.

Jumlah keseluruhan pengagihan selama dua hari itu mencecah 1,400 bungkus nasi.

Ia dibiayai oleh sumbangan orang ramai melalui portal amal Give Asia, restoran Makan Chapter, dan penderma daging korban.

Sekitar 400 bungkus nasi beriani telah diagihkan kepada penduduk Bukit Batok menerusi inisiatif “Beriani Barakah” yang diadakan di Blok 448D Bukit Batok West.
Sekitar 400 bungkus nasi beriani telah diagihkan kepada penduduk Bukit Batok menerusi inisiatif “Beriani Barakah” yang diadakan di Blok 448D Bukit Batok West. - Foto BH oleh KHALID BABA

Pengagihan yang diadakan di Blok 448D Bukit Batok West itu turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Undang-undang), yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong East-Bukit Batok, Encik Murali Pillai.

Ketika ditemui BH selepas pengagihan itu, Encik Murali melahirkan penghargaannya kepada Muhammadiyah atas usaha membantu golongan memerlukan di Bukit Batok selama ini.

Menganggap pengagihan itu sejajar dengan sambutan SG60, Encik Murali yang menguruskan kawasan Bukit Batok, berkata:

“Apa yang menjadikan acara ini lebih istimewa ialah kerana sempena SG60, kita menyaksikan penyertaan pelbagai kaum dalam kalangan penerima bantuan hari ini.”

Berucap pada acara tersebut, Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, turut berkata usaha itu telah membolehkan pihaknya membantu golongan memerlukan dan mempamerkan semangat perpaduan.

SG60 Beriani Barakah merupakan satu sambutan yang bermakna tentang memberi, kesyukuran, serta perpaduan yang diinspirasikan oleh nilai-nilai Islam serta Singapura, iaitu belas kasihan dan keprihatinan terhadap masyarakat,” ujarnya.

Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman (kiri) berkata inisiatif Beriani Barakah telah membuka ruang bagi persatuan itu untuk membantu golongan memerlukan dan mempamerkan semangat perpaduan. Turut berada dalam gambar ialah Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Undang-undang) yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong East-Bukit Batok, Encik Murali Pillai (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Muhammadiyah Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abd Salim (dua dari kiri).
Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman (kiri) berkata inisiatif Beriani Barakah telah membuka ruang bagi persatuan itu untuk membantu golongan memerlukan dan mempamerkan semangat perpaduan. Turut berada dalam gambar ialah Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Undang-undang) yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong East-Bukit Batok, Encik Murali Pillai (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Muhammadiyah Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abd Salim (dua dari kiri). - Foto BH oleh KHALID BABA

Antara penerima bantuan pada 10 Ogos itu ialah pasangan suami isteri, Encik Mohd Ibrahim Abdul, 78 tahun, dan Cik Chendah Zakaria, 75 tahun, yang tinggal di Bukit Batok berdua sahaja. Mereka mempunyai dua anak perempuan, tujuh cucu, dan tiga cicit.

Kedua-duanya yang tidak lagi bekerja mengetahui mengenai pengagihan itu menerusi CC Bukit Batok, dan berkata mereka menghargai bantuan yang dihulurkan.

“Saya bersyukur kerana mereka (Muhammadiyah dan pemerintah) menghargai kita,” kata Encik Ibrahim.

Pasangan suami isteri, Encik Mohd Ibrahim Abdul (kanan), 78 tahun, dan Cik Chendah Zakaria, 75 tahun, sudah menginap di Bukit Batok selama tujuh tahun.
Pasangan suami isteri, Encik Mohd Ibrahim Abdul (kanan), 78 tahun, dan Cik Chendah Zakaria, 75 tahun, sudah menginap di Bukit Batok selama tujuh tahun. - Foto BH oleh KHALID BABA
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg