Topik diikuti
Pergi ke BHkuMujur ada MRT bila kesesakan jalan raya...
Mujur ada MRT bila kesesakan jalan raya...
Mujur ada MRT bila kesesakan jalan raya...
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim telah melahirkan penghargaan terhadap sistem kereta api Singapura yang beroperasi dengan penuh licin dan lancar.
Ini selepas pengalamannya terperangkap dalam satu kesesakan jalan raya yang teruk di kawasan bandar pada 25 April, membuatnya terpaksa menukar pengangkutan yang diambil.
Menulis dalam satu pos di Facebook yang diiringi beberapa gambarnya berpakaian Melayu serba lengkap dalam perjalanannya itu, termasuk semasa berdiri dalam MRT, Dr Faishal berkata:
“Jalan raya sesak, tetapi mujur sistem kereta api kita berjalan lebih lancar daripada kopi saya pagi tadi.
“Saya dari satu acara di bandar apabila kami terperangkap dalam kesesakan yang teruk. Cepat-cepat saya bertukar ke kereta api dan tiba tepat pada masanya untuk pelancaran (pembukaan semula) Taman Warisan Melayu. Bersyukur kerana tiba tepat pada masanya dan menikmati acara yang sungguh indah bersama masyarakat.”
Dr Faishal merupakan antara tetamu khas semasa acara sambutan pembukaan semula Taman Warisan Melayu di Istana Kampong Gelam.
