Topik diikuti
Pergi ke BHkuNLB tutup kaunter pengecasan di 13 perpustakaan mulai 27 Jul
NLB tutup kaunter pengecasan di 13 perpustakaan mulai 27 Jul
NLB tutup kaunter pengecasan di 13 perpustakaan mulai 27 Jul
Kaunter pengecasan untuk peranti mudah alih di 13 perpustakaan akan ditutup mulai 27 Julai, berikutan peningkatan kejadian yang melibatkan peranti yang ditinggalkan tanpa pengawasan.
Dalam beberapa kes, peranti yang rosak serta penggunaan penyambung berbilang soket telah menyebabkan beban elektrik berlebihan, menurut Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dalam hantaran di media sosial pada 8 Julai.
Bank kuasa akan disediakan di stesen sewaan ChargeSPOT mulai 27 Julai.
Menurut laman web ChargeSPOT, kos menyewa bank kuasa ialah $1.50 bagi sejam pertama, dengan had caj $10 sehari.
NLB berkata: “Ini akan melengkapkan kemudahan pengecasan percuma di lebih 1,800 tempat duduk yang disediakan menerusi Sistem Tempahan Tempat Duduk.”
Maklumat lanjut mengenai penyewaan bank kuasa dan penyelesaian masalah boleh didapati menerusi aplikasi ChargeSPOT, yang juga membolehkan pengunjung untuk menghubungi pusat bantuan ChargeSPOT.
Bagi mengelakkan risiko kebakaran elektrik, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menasihatkan orang ramai agar tidak membiarkan bateri atau peranti dicas tanpa pengawasan dalam waktu yang lama atau semalaman.
Maklumat lanjut boleh didapati dalam edisi terkini buku panduan kecemasan pertahanan awam di go.gov.sg/cdemergencyhandbook.
