Pemandu pecut, langgar warga emas di Bukit Batok dipenjara 17 bulan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu pecut, langgar warga emas di Bukit Batok dipenjara 17 bulan

Mengaku salah pandu sehingga sebabkan kematian pada 20 Jul 2024
Feb 16, 2026 | 3:26 PM

Pemandu pecut, langgar warga emas di Bukit Batok dipenjara 17 bulan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kes mahkamah, pemandu, langgar warga emas, Bukit Batok
Ang Kim Chuan dijatuhi hukuman penjara 17 bulan selepas mengaku bersalah memandu tanpa cermat dan perhatian sewajarnya. - Foto ST

Seorang pemandu memecut 30 kilometer sejam melebihi had laju di kawasan perumahan Bukit Batok West.

Memandu 82 kilometer sejam (km/h), dia gagal menyedari seorang wanita warga emas melintasi jalan.

Hanya 0.2 saat sebelum rempuhan, dia menekan brek. Ekoran kesan itu, wanita berusia 76 tahun itu tercampak ke udara dan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Pada 13 Februari, pemandu berkenaan, Ang Kim Chuan, 61 tahun, dipenjara 17 bulan selepas mengaku bersalah memandu tanpa cermat sehingga menyebabkan kematian Cik Ng Cheow Tee.

Ang turut dilarang memegang semua kelas lesen memandu selama lapan tahun.

Dokumen mahkamah mendedahkan Ang sedang memandu di Bukit Batok West Avenue 6 ke arah Bukit Batok East Avenue 6 sekitar 5.20 petang pada 20 Julai 2024.

Had kelajuan di jalan itu ialah 50 km/h. 

Cik Ng sedang melintas jalan dua lorong itu ketika kejadian.

Walaupun tiada lintasan pejalan kaki, pihak pendakwa menegaskan Ang tetap bertanggungjawab untuk sentiasa berwaspada.

Siasatan mendapati dia memandu antara 82 dengan 86 km/h serta terus memecut walaupun menghampiri lekuk jalan.

Rakaman kamera dalam keretanya menunjukkan dia hanya memijak brek 0.2 saat sebelum kemalangan, sedangkan mangsa sudah berada dalam pandangannya kira-kira 2.8 saat sebelumnya.

Pihak pendakwa memohon hukuman penjara antara 21 dengan 24 bulan serta larangan memandu selama lapan tahun. 

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Johan Tay berkata kemalangan maut khususnya melibatkan kesalahan memandu laju telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebanyak 78 kemalangan maut dicatat pada separuh pertama 2025 berbanding 70 dalam tempoh sama pada 2024. 

Sepanjang 2024, sebanyak 139 kemalangan maut dicatatkan, meningkat daripada 131 kes pada 2023.

Beliau berkata mahkamah perlu menjatuhkan hukuman berat bagi mencegah pesalah lain. 

Seseorang yang didapati bersalah memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga $10,000 atau kedua-duanya sekali serta digantung lesen selama lapan tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg