Pembukaan semula Masjid Darul Makmur
Jun 9, 2025 | 1:50 PM
Masjid Darul Makmur telah membuka pintunya kepada jemaah setelah ditutup sejak 24 April 2023 bagi kerja-kerja naik taraf besar-besaran.
Terletak di Yishun Avenue 2, masjid tersebut kini mempunyai ruang lebih besar dan selesa untuk menampung keperluan penduduk Muslim di kawasan itu.
Antara pembaharuan di Masjid Darul Makmur termasuk ruang solat yang lebih selesa dan dapat menampung lebih 4,000 anggota jemaah. Sebelum ini, masjid tersebut hanya mampu menampung 3,000 jemaah. - Foto BH oleh DESMOND WEE
Masjid Darul Makmur mula beroperasi pada 6 Jun bagi solat Maghrib dan telah mengadakan solat Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun.
Namun, pembukaan rasmi masjid tersebut hanya akan diadakan pada Julai.
Ruang pejabat baru yang lebih selesa dan terang di Masjid Darul Makmur. - Foto BH oleh DESMOND WEE
Antara tumpuan kerja-kerja naik taraf di Masjid Darul Makmur termasuk kemudahan seperti lif, penyediaan ruang masjid dan bilik pengajian yang lebih selesa serta laluan mesra warga emas. - Foto BH oleh DESMOND WEE
Laporan berkaitan
‘Masyarakat Islam S’pura murah hati, bantu golongan susah dalam, luar negara’Jun 7, 2025 | 2:19 PM
Usaha kolektif masyarakat, pemerintah, akar umbi kunci jaya pembangunan Masjid Darul MakmurJun 7, 2025 | 2:50 PM
Peningkatan Masjid Darul Makmur: Pelaburan bermakna, kemudahan mesra masyarakat Jun 6, 2025 | 7:16 PM
Masjid Darul Makmur buka semula pada Aidiladha Jun 4, 2025 | 7:40 PM

