Penipuan kad Pokemon catat kerugian $1.6j, paling kerap dalam e-dagang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penipuan kad Pokemon catat kerugian $1.6j, paling kerap dalam e-dagang

Feb 25, 2026 | 3:00 PM

Penipuan kad Pokemon catat kerugian $1.6j, paling kerap dalam e-dagang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
penipuan, kad pokemon, e-dagang
Kebanyakan mangsa penipuan e-dagang melibatkan kad Pokemon adalah golongan dewasa muda berusia 20 hingga 39 tahun serta dewasa berusia 30 hingga 49 tahun. - Foto AFP

Kerugian mencecah sekurang-kurangnya $1.6 juta akibat penipuan e-dagang melibatkan kad dagangan Pokemon telah dicatatkan pada 2025.

Menurut Laporan Tahunan Penipuan dan Jenayah Siber 2025, Pasukan Polis Singapura (SPF) mendedahkan bahawa kad dagangan Pokemon adalah barangan yang paling kerap menjadi mangsa penipuan e-dagang, dengan sekitar 911 kes dilaporkan.

Kes-kes ini merangkumi 13.6 peratus daripada keseluruhan kes penipuan e-dagang bagi 2025, melonjak berbanding hanya 1.0 peratus pada 2024.

Peningkatan ketara berlaku meskipun jumlah keseluruhan kes penipuan e-dagang menyusut sebanyak 42.5 peratus kepada 6,703 pada 2025, berbanding 11,665 pada 2024.

Lebih separuh, iaitu 50.2 peratus mangsa penipuan kad Pokemon, terdiri daripada golongan dewasa berusia 30 hingga 49 tahun.

Sementara itu, golongan dewasa muda berusia 20 hingga 39 tahun membentuk 40.8 peratus daripada keseluruhan mangsa penipuan kad Pokemon.

Polis menyatakan mangsa selalunya menemui jualan kad Pokemon di Carousell, platform beli dan jual barangan serta perkhidmatan popular di Singapura.

“Mangsa sering diumpan untuk membuat bayaran melalui PayNow atau pemindahan akaun bank.

“Mangsa hanya mendapati mereka ditipu apabila tidak menerima produk atau penjual tidak boleh dihubungi lagi,” kata polis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg