Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pentadbir laman Wake Up, Singapore didakwa siar laporan palsu mengenai keguguran di KKH

Apr 24, 2024 | 6:25 PM
Lelaki didakwa pentadbir laman beriya ‘Wake Up, Singapore’ menghadapi tuduhan menerbitkan berita palsu mengenai pengguguran di Hospital Kandang Kerbau.
Lelaki didakwa pentadbir laman beriya ‘Wake Up, Singapore’ menghadapi tuduhan menerbitkan berita palsu mengenai pengguguran di Hospital Kandang Kerbau. - Foto Fail

Seorang lelaki yang didakwa pentadbir laman berita alternatif Wake Up, Singapore (WUSG) menghadapi tuduhan memfitnah kerana terlibat dalam penerbitan berita palsu.

Ariffin Iskandar Sha Ali Akbar, 26 tahun, kononnya telah menerbitkan kisah palsu itu pada Mac 2022, bertajuk: The Baby Is Probably Dead – Woman Shares A Harrowing Account Of Her Miscarriage at KKH A&E. (Bayi itu mungkin telah meninggal dunia – Wanita kongsi kisah mengganggu perasaan tentang keguguran kandungannya di A&E KKH)

Artikel itu mendakwa salah urus oleh Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) KK, menyebabkan seorang pesakit mengalami keguguran.

Kisah itu diterbitkan di laman sesawang WUSG, Facebook dan Instagram.

Ariffin, yang menghadapi satu pertuduhan memfitnah, tidak membuat pengakuan di mahkamah pada 24 April. Kesnya akan dibicarakan semula pada 24 Mei.

Pada 25 Mac 2022, KKH membuat laporan polis selepas cerita itu disiarkan secara dalam talian.

Berita itu melaporkan, pada 28 Feb 2022, seorang wanita hamil 20 minggu dan positif Covid-19, telah tiba di KKH untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami sakit perut yang teruk pada jam 2 petang.

Menurut laporan itu, wanita itu berkata dia kemudian diberitahu untuk menunggu di kawasan drop-off dan dia mula mengalami pendarahan pada pukul 5 petang, tetapi tidak diberikan perhatian.

Dalam laporan itu, wanita itu mendakwa beliau berjumpa doktor hanya pada 6 petang, selepas menunggu selama empat jam, dan diberitahu bel.

Dia juga mendakwa bahawa janinnya kemudiannya dibuang sebagai sisa perubatan.

Siasatan polis kemudian mendedahkan cerita itu dan dakwaannya palsu. KKH mengesahkan pesakit dalam cerita itu telah berjumpa doktor dalam masa sejam selepas ketibaannya, dan tidak mengalami keguguran.

Pada Mac 2022, Kementerian Kesihatan berkata ia telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian, untuk mengeluarkan arahan pembetulan kepada WUSG kerana menerbitkan kisah palsu itu.

Notis pembetulan telah diterbitkan pada akaun Facebook dan Instagram laman berita alternatif itu, pada 27 Mac 2022.

Jika didapati bersalah kerana memfitnah, seseorang boleh dipenjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. - ST

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg