Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 perkara utama dalam sidang Parlimen 26 Sep

Sep 26, 2025 | 10:41 PM
Parlimen bersidang pada 26 September.
Parlimen bersidang pada 26 September. - Foto ST

Sidang Parlimen pada 26 September menyaksikan Anggota Parlimen (AP) menimbulkan pelbagai isu, termasuk isu warga asing yang bekerja dalam sektor penghantaran makanan.

Di samping itu, perbahasan Amanat Presiden berakhir setelah lima hari Parlimen bersidang, yang menyaksikan 81 AP bangkit untuk membuat ucapan, termasuk 32 AP penggal pertama.

Berikut lima perkara utama yang dikongsi semasa sidang Parlimen pada 26 September.

1. Koh Poh Koon: Jejak pekerja penghantaran makanan rumit, jumlah berubah

Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kesihatan), Dr Koh Poh Koon berkata menjejak bilangan warga asing yang bekerja dalam sektor penghantaran makanan adalah rumit kerana ia melibatkan aturan antara perniagaan yang boleh berubah-ubah.

Sebagai contoh, pengendali platform boleh menyumberkan khidmat syarikat logistik luar dan ia boleh mengubah cara ia menggunakan khidmat luar atau rakan perkongsian.

Dr Koh berkata: “Agak sukar untuk memberikan saiz (atau jumlah) yang tepat pada satu-satu masa dan meningkatkan beban pentadbiran terhadap syarikat untuk melaporkan sebarang perubahan dalam perjanjian kontrak mereka semasa melaksanakan kerja.”

2. Secara purata 450 warga asing ditangkap kerja secara haram di S’pura setiap tahun antara 2020 dan 2024

Menteri Negara (Tenaga Manusia), Encik Dinesh Vasu Dash, di Parlimen pada 26 September berkata dari 2020 hingga 2024, secara purata setiap tahun sekitar 450 warga asing didapati bekerja secara haram tanpa pas pekerjaan yang sah.

Secara purata, 13 daripada warga asing tersebut telah didakwa, empat dikenakan denda, manakala selebihnya diberi amaran, kerana kebanyakan kes melibatkan tempoh pekerjaan haram yang pendek, lapor The Business Times (BT).

“Mereka juga telah dihantar pulang dan diharamkan bekerja di Singapura,” katanya sebagai jawapan kepada Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Cik Elysa Chen.

3. Penipuan pesanan pukal palsu kembali; sekurangnya 45 kes sejak Mei

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Goh Pei Ming, berkata polis telah menerima sekurang-kurangnya 45 laporan sejak Mei mengenai penipuan pesanan pukal palsu.

Berucap di Parlimen pada 26 September, beliau berkata penipu telah menyamar sebagai kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) atau guru sekolah

4. Pertumbuhan ekon harus pertingkat kehidupan, sedia pekerjaan baik untuk semua rakyat

Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing berkata pertumbuhan ekonomi Singapura mesti membawa kepada peluang lebih baik untuk semua rakyat, termasuk mewujudkan pekerjaan baik dan membolehkan setiap orang mempertingkat kehidupan mereka.

Pada masa yang sama, beliau berkata tumpuan juga harus diberikan pada usaha memecahkan lingkaran kesusahan, sambil memastikan tiada orang yang terpinggir.

5. Rakyat S’pura perlu bertindak secara bersama, kekal relevan seiring perubahan dunia

Singapura mesti menjangkakan dan bertindak balas terhadap perubahan dunia secara kolektif, dan kekal relevan dengan membangunkan keupayaan yang tidak boleh ditiru dengan mudah oleh orang lain dalam semua bidang daripada ekonomi hingga pertahanan, kata Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing.

Beliau menambah negara ini perlu mempersiapkan diri bagi “pelbagai senario lebih luas berbanding sebelum ini, termasuk ketidaksinambungan berbahaya”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg