Singapura telah membentuk jawatankuasa krisis peringkat menteri untuk melakar strategi negara dan menyelaras respons seluruh pemerintah terhadap kesan perang di Timur Tengah yang menjejas bekalan minyak dan rantaian bekalan di seluruh dunia. 

Jawatankuasa Menteri Krisis Dalam Negeri (HCMC) itu diketuai Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam dengan Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong, sebagai penasihat.