Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syed Harun antara dua pemegang jawatan politik Melayu/Islam baru

Jan 1, 2026 | 5:00 AM
Singapore, Syed Harun Alhabsyi, Tharman Shanmugaratnam,  Lawrence Wong
Presiden Tharman Shanmugaratnam (depan, kiri), mengucapkan tahniah kepada Dr Syed Harun Alhabsyi (tengah), di majlis angkat sumpah di Istana pada 3 Oktober. Bersama mereka ialah Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong. - Foto FACEBOOK LAWRENCE WONG

Dr Syed Harun Alhabsyi dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara) pada Oktober 2025, menjadikan beliau antara dua pemegang jawatan politik Melayu/Islam baru dalam barisan kepimpinan di bawah Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Beliau bertanding dan menang dalam Pilihan Raya 2025 (GE2025) sebagai sebahagian daripada pasukan GRC Nee Soon yang diketuai Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.

Sebelum menyertai pemerintah, Dr Syed Harun, merupakan Konsultan Psikiatri yang mengendalikan kliniknya sendiri.

Beliau juga merupakan mantan Presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) dan mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), pelantikan yang dilepaskan beliau untuk bertanding dalam GE2025.

Mengulas mengenai pelantikan beliau dalam satu hantaran di Facebook, Encik Wong berkata:

“Melalui pengalaman bertahun-tahun dalam kerja klinikal dan khidmat sukarela, Dr Syed Harun telah mendedikasikan dirinya untuk menjaga kebajikan orang lain.

“Saya yakin beliau akan membawa nilai ihsan, integriti dan komitmen yang sama dalam perkhidmatan awam – berkhidmat kepada rakyat Singapura dengan hati dan tujuan yang jelas.”

Memberi komen beliau selepas majlis angkat sumpah di Istana, Dr Syed Harun berkata:

“Satu penghormatan dan keistimewaan yang amat mendalam bagi saya untuk berkhidmat kepada negara dan rakan-rakan senegara. Saya telah memulakan tugas di Kementerian Pendidikan Singapura serta Kementerian Pembangunan Negara.

“Dalam menjalankan amanah ini, saya telah mempelajari bahawa jarang sekali wujud jawapan yang sempurna, dan bahawa walaupun keputusan terbaik sekalipun tetap terdedah kepada kekhilafan – sesungguhnya manusia tidak terlepas daripada kesilapan.

“Dalam setiap usaha saya, saya akan memberikan yang terbaik dengan sepenuh keupayaan. Di dalam hati saya, masyarakat dan negara akan sentiasa diutamakan, pada setiap masa.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg