Pritam berdepan prosiding disiplin Persatuan Guaman S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pritam berdepan prosiding disiplin Persatuan Guaman S’pura

Mar 13, 2026 | 4:15 PM

Pritam berdepan prosiding disiplin Persatuan Guaman S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
pritam singh, law society
Kes Encik Pritam Singh akan dibicarakan oleh Mahkamah Tiga Hakim, yang boleh menggantung peguam bersalah atau menggugurkan mereka daripada senarai peguam. - Foto ST

Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, kini berdepan prosiding disiplin yang dikemukakan oleh Persatuan Guaman Singapura (LSS).

Senarai perbicaraan di laman web Mahkamah Singapura menunjukkan satu persidangan pengurusan kes, iaitu prosiding pentadbiran mahkamah yang diadakan secara tertutup, dijadual didengar oleh Penolong Pendaftar James Low, pada 12 Mac.

Kes itu dikenal pasti sebagai “prosiding disiplin bagi peguam bela dan peguam cara Mahkamah Agung Republik Singapura”.

Nombor kes itu membayangkan ia akan didengar oleh Mahkamah Tiga Hakim, badan tertinggi dalam proses disiplin yang berkuasa menggantung atau menggugurkan peguam yang didapati bersalah daripada senarai guaman.

Menurut senarai tersebut, LSS diwakili oleh pasukan daripada Drew & Napier yang diketuai Peguam Kanan, Encik Cavinder Bull, manakala Encik Pritam mewakili dirinya sendiri.

Pihak LSS telah dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Prosiding disiplin itu timbul selepas Parlimen pada 14 Januari meluluskan usul bahawa Encik Pritam tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang (LO).

Beliau secara rasmi disingkirkan daripada jawatan tersebut oleh Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 15 Januari.

Beliau kemudian dipindahkan ke tempat duduk baru di Parlimen, dan tidak lagi duduk bertentangan dengan Encik Wong.

Usul penyingkiran Encik Pritam sebagai LO tercetus selepas beliau disabitkan pada Februari 2025 atas dua pertuduhan berbohong di bawah sumpah kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP).

Kesalahan itu berpunca daripada kenyataan palsu yang dibuat oleh bekas Anggota Parlimen (AP) WP, Cik Raeesah Khan, di Parlimen pada 2021 mengenai butiran kes serangan seksual yang didakwanya dikendalikan secara tidak wajar oleh polis.

Pada Disember 2025, Encik Pritam gagal dalam rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap sabitan itu dan membayar denda $14,000.

WP pula membentuk panel disiplin untuk meneliti sabitan terhadap Encik Pritam.

Panel itu – terdiri daripada AP GRC Sengkang, Cik He Ting Ru dan Encik Jamus Lim; serta mantan AP Hougang, Encik Png Eng Huat – ditugaskan untuk menentukan sama ada Encik Pritam melanggar Perlembagaan WP.

Panel itu ditubuhkan selepas jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) WP bermesyuarat pada 2 Januari untuk membincangkan perkara yang timbul daripada sabitan terhadap Encik Pritam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg