Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

RLAF sasar kumpul $100,000 bagi sokong keluarga, individu mudah terjejas pada Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF sasar kumpul $100,000 bagi sokong keluarga, individu mudah terjejas pada Ramadan

Mar 05, 2024 | 09:07 PM



Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) sedang menyasar mengumpul sebanyak $100,000 sebagai sebahagian daripada projek, ‘Blessings to All’, bagi membantu keluarga dan individu yang mudah terjejas pada Ramadan ini.

Kempen tersebut, yang akan berlangsung dari 6 Mac hingga 9 April, bertujuan membantu seramai 4,000 isi rumah tidak kira kaum, kepercayaan atau latar belakang, kata RLAF dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 5 Mac.

“RLAF memulakan projek, ‘Blessings to All’, pada 2024 untuk membawa keceriaan perayaan kepada keluarga dan individu yang mudah terjejas.

“Susulan kejayaan projek SGUnited Buka Puasa pada 2020, dan projek ‘Blessings to All’ dari 2021 hingga 2023, RLAF sekali lagi akan meneruskan usaha bermakna ini untuk menghimpunkan masyarakat bagi berkongsi keberkatan Ramadan untuk keluarga dan individu yang mudah terjejas tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau latar belakang,” kata RLAF.

Menurut kenyataan RLAF, beberapa organisasi tempatan juga akan menyokong kempen tersebut.

Mereka termasuk Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra), Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), M3@Bandar, kumpulan harmoni dan badan-badan keagamaan.


Sebanyak 4,000 set baucar ‘Blessings to All’ akan disediakan bagi setiap isi rumah. Setiap baucar merangkumi keperluan makanan harian dan barangan runcit.

Kira-kira 200 sukarelawan daripada RLAF, PA Mesra, MAEC, kumpulan harmoni dan badan-badan keagamaan akan terlibat dalam pengagihan baucar pada hujung minggu sepanjang Ramadan di pelbagai lokasi di seluruh Singapura.

“Menerusi penyertaan sukarelawan dan penerima bantuan daripada latar belakang berbeza, RLAF berhasrat menyatukan orang ramai dan mewujudkan rasa solidariti dengan memberi kembali dan membuat perubahan positif dalam kehidupan mereka yang memerlukan.

“RLAF juga berusaha menggalakkan semangat dan budaya memberi, mengambil berat dan belas kasihan dengan mengembangkan empati dan pemahaman terhadap orang lain, memupuk rasa syukur pada Ramadan ini,” kata RLAF.

Orang ramai boleh membuat sumbangan bagi projek, ‘Blessings to All’, menerusi saluran dalam talian atau dengan memberi cek kepada:

a. PayNow – masukkan UEN: 200910530Z milik RLAF, dan catatkan ‘BTA2024’ pada kenyataannya.

b. Giving.SG – kempen di giving.sg/donate/campaign/blessingstoall2024

c. Pindahan antara bank menerusi RLAF (Yayasan Rahmatan lil Alamin) – kepada OCBC Current Account di nombor akaun: 629069154001

d. Beri cek berbayar kepada ‘RLAF’. Catatkan di belakang cek, nama, nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor UEN syarikat penderma sekiranya inginkan potongan cukai bagi derma.

Catatkan “Blessings to All 2024”. Hantar cek kepada RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapura 737740) atau ke Muis (No. 273 Braddell Road, Singapura 579702).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >