Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Setiap M³@Bandar bakal ada sekurang-kurangnya satu program pementoran pada 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Setiap M³@Bandar bakal ada sekurang-kurangnya satu program pementoran pada 2024

Mar 06, 2024 | 07:14 PM



Menjelang akhir 2024, setiap daripada kesemua 11 M3@Bandar akan menganjurkan sekurang-kurangnya satu program pementoran belia, peningkatan daripada empat program semasa di Jurong, Pasir Ris-Punggol, Tampines dan Woodlands yang telah dijalankan pada 2023.


Demikian diumumkan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, semasa berucap di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) di Parlimen pada 6 Mac yang menekankan bagaimana pemerintah menyokong agensi M3 dalam mewujudkan lebih banyak peluang untuk belia Melayu/Islam.


“Satu program pementoran baru yang akan kami perkenalkan di M3@Bandar, serta masjid dan institut pengajian tinggi ialah, Cool Yah Conversations.


“Ia mengguna pakai konsep pementoran kilat, pendekatan pertama seumpamanya dalam program pementoran kami,” kata Cik Rahayu.

Tidak seperti program pementoran sedia ada, program pementoran kilat dijalankan dalam tempoh lebih singkat.

Ia akan menggabungkan kegiatan berasaskan minat seperti sukan dan permainan dengan interaksi bimbingan yang memberi kesan dalam bidang pembangunan peribadi, peralihan pendidikan dan bimbingan kerjaya, kata Cik Rahayu.

Ia juga menyasarkan untuk mendekati 1,000 belia dalam tempoh setahun, melebihi jumlah belia yang telah pun terlibat di bawah program bimbingan sedia ada di bawah Pejabat Pementoran Belia (YMO) Mendaki.

Sejak penubuhannya, YMO telah melatih dan mengerahkan lebih 1,600 mentor untuk menyokong lebih 5,700 menti.







Dalam ucapannya juga sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) bagaimana daya usaha M3 mendorong usaha menjaga kesihatan masyarakat, Cik Rahayu berkata sukarelawan boleh mendapat sokongan daripada agensi M3 menerusi inisiatif Saham Kesihatan untuk melaksanakan program kesihatan, termasuk untuk kesejahteraan mental.


“Tahun lalu (2023), lebih 500 peserta menyertai program-program Saham Kesihatan.


“Mereka memberi maklum balas bahawa mereka seronok dapat turut serta kumpulan masyarakat yang memupuk semangat saling menyokong satu sama lain agar menjalani gaya hidup sihat.

“Tahun ini (2024), kita mahu menggandakan usaha untuk melibatkan 1,000 peserta,” kata Cik Rahayu.

Selain Saham Kesihatan, Cik Rahayu berkata M3 juga bekerjasama dengan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan rangkaian Jaga Kesihatan Jaga Ummah (JKJU) untuk menganjurkan daya usaha menggalak amalan sihat.


Beliau berkata lebih 40,000 penduduk telah meraih manfaat daripada program-program JKJU pada 2023 dan lebih banyak program bakal dianjurkan pada 2024.

“Menerusi JKJU dan Saham Kesihatan, masyarakat Melayu/Islam juga menyumbang kepada kempen negara, SG Lebih Sihat yang bertujuan membantu rakyat Singapura menjaga kesihatan.


“Saya berharap kita terus mendakap amanah menjaga kesihatan sedang kita sama-sama membina masa hadapan yang lebih bermakna,” kata Cik Rahayu.

Semasa berucap, Cik Rahayu turut menyeru agar lebih ramai sukarelawan tampil menjayakan inisiatif M3.


Beliau berkata sukarelawan M3 merangkumi karyawan daripada pelbagai bidang dan mereka memainkan peranan penting dalam menjalankan program-program di M3@Bandar termasuk memulakan program baru dan mendampingi keluarga-keluarga yang memerlukan.


“Justeru, kita terus berusaha memastikan para sukarelawan dilengkapi kemahiran dan ilmu mendekati masyarakat secara berkesan.

“Tahun ini (2024), Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat (ECO) M3 dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra) bakal bekerjasama dengan Institut Kepimpinan Masyarakat Kebangsaan (Nacli) untuk menganjurkan bengkel bagi para sukarelawan,” kata Cik Rahayu.


Menerusi bengkel tersebut, para sukarelawan dapat mempelajari cara-cara mendampingi penduduk dengan lebih bermakna ketika melakukan lawatan rumah ke rumah.

Para sukarelawan juga dapat meningkatkan pemahaman tentang khidmat di peringkat nasional, lantas membolehkan mereka menyokong penduduk untuk membina keluarga teguh dan berdaya bingkas, kata Cik Rahayu.

“Misalnya, menerusi Projek Dian, para sukarelawan boleh menyediakan sokongan menyeluruh kepada keluarga-keluarga Melayu/Islam di flat-flat sewa.


“Mereka juga dapat mendampingi keluarga-keluarga ini untuk lebih memahami keperluan mereka dan menyarankan huraian serta khidmat yang sesuai,” kata Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >