Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

STB gantung 10 agensi pelancongan gagal kemuka dokumen diperlukan

Dec 17, 2025 | 7:52 PM
10 agensi pelancongan tidak dibenarkan menerima tempahan perjalanan baru sepanjang tempoh penggantungan.
10 agensi pelancongan tidak dibenarkan menerima tempahan perjalanan baru sepanjang tempoh penggantungan. - Foto ST

Sebanyak 10 agensi pelancongan telah digantung lesen oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada 17 Disember kerana gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan.

Syarikat berkenaan gagal menyerahkan penyata akaun beraudit (AA) dan/atau pulangan profil perniagaan tahunan (ABPR), menurut STB dalam satu kenyataan.

STB menambah ejen pelancongan berlesen diwajibkan mengemukakan dokumen tersebut dalam tempoh enam bulan selepas penutupan tahun kewangan mereka, lapor The Straits Times (ST).

Sepuluh agensi pelancongan yang digantung ialah ASAP International Travel Pte Ltd; Asiagoodlife Pte Ltd; Betel Box Asia Pte Ltd; Fox Brothers Travel Pte Ltd; Go City Pass Asia Pte Ltd; Gululu Pte Ltd; Hotelux Pte Ltd; Huamei Holidays Pte Ltd; Native Inc Pte Ltd dan Rayna Tours Pte Ltd.

Penggantungan itu berkuat kuasa pada 16 Disember dan akan kekal sehingga dokumen berkenaan dikemukakan, atau sehingga enam bulan, mengikut mana yang lebih awal.

“Sepanjang tempoh penggantungan, agensi pelancongan dikehendaki memenuhi tanggungjawab sedia ada mereka kepada pelanggan, namun tidak dibenarkan menerima tempahan perjalanan baru,” jelas STB.

Ia menambah, pihaknya memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh ejen pelancongan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan bagi mengekalkan kepercayaan awam terhadap industri pelancongan Singapura.

Mana-mana agensi pelancongan itu yang masih menerima tempahan baru sepanjang tempoh penggantungan akan berdepan tindakan penguatkuasaan, katanya.

Senarai terkini ejen pelancongan berlesen di Singapura boleh didapati di https://trust.stb.gov.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg