Tender pengendali baru pusat penjaja One Punggol dibuka Jan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tender pengendali baru pusat penjaja One Punggol dibuka Jan

Dec 29, 2025 | 8:16 PM

Tender pengendali baru pusat penjaja One Punggol dibuka Jan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
One Punggol Hawker Centre, Timbre+
Pengendali semasa Pusat Penjaja One Punggol, Timbre + Hawkers, akan menamatkan tempoh sewanya pada 14 Ogos 2026. - Foto ST

Satu tender terbuka bagi melantik pengendali baru Pusat Penjaja One Punggol (OPHC) akan bermula pada Januari 2026.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memaklumkan pada 29 Disember pengendali semasa, Timbre+ Hawkers (THPL), akan menamatkan tempoh sewaan pada 14 Ogos 2026, setahun lebih awal dari kontrak tiga tahun.

“Penamatan awal ini dipersetujui bersama antara THPL dengan NEA selepas perbincangan, mengambil kira pertimbangan operasi menyeluruh serta keadaan pasaran semasa,” jelas THPL dalam kenyataan berasingan pada tarikh yang sama.

THPL komited untuk memastikan pusat penjaja kekal meriah sehingga tamat tempoh sewaan dan tidak akan menyertai tender terbuka itu, kata NEA.

NEA akan bekerjasama rapat dengan THPL serta pengendali baru bagi mengawal gangguan kepada peniaga gerai dan pengunjung sepanjang tempoh peralihan.

Bagi menawarkan kestabilan dan jaminan, pengendali baru akan dikehendaki mengekalkan semua peniaga gerai sedia ada yang ingin meneruskan operasi mereka sekurang-kurangnya selama dua tahun, tambah NEA.

Sepanjang tempoh tersebut, kadar sewa semasa akan dikekalkan bagi tahun pertama, dengan sebarang pelarasan seterusnya dihadkan kepada purata kadar sewa berdasarkan nilai pasaran, lapor The Straits Times (ST).

“NEA kekal komited menyokong para penjaja dan pengunjung, di samping terus menambah baik pusat penjaja perusahaan sosial demi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat,” tambah NEA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg