Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Tiga beradik antara 5 pesalah gaji pekerja secara haram

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga beradik antara 5 pesalah gaji pekerja secara haram

Jan 05, 2024 | 05:48 PM



Tiga beradik adalah antara lima warga Singapura yang disabit kesalahan menggaji warga asing secara haram untuk mengendalikan reruai di sebuah bazar dan pasar malam.

Dua daripada beradik itu tidak menyediakan penginapan sewajarnya kepada enam warga asing yang diambil secara haram sebagai pembantu reruai di Bazar Raya Geylang Serai, menurut Kementerian Tenaga Kerja (MOM) dalam satu kenyataan media pada 5 Januari.

Ini mengakibatkan beberapa pekerja tidur di atas lantai di reruai tempat mereka bekerja, selepas mereka selesai bertugas, tambahnya.

Kegiatan haram adik-beradik – Ker Eng Kiat dan Ker Eng Hock – mula dikesan apabila pegawai MOM melakukan pemeriksaan di bazar berkenaan pada 4 April 2023.

Siasatan mendapati adik-beradik itu mengupah enam pekerja pas lawatan sosial secara haram sebagai pembantu reruai, yang tugasnya termasuk menyediakan dan menjual produk makanan serta mengumpul wang tunai.

Eng Kiat, 52 tahun, dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda sejumlah $23,000 pada 4 Januari kerana menggaji lima warga Indonesia secara haram tanpa pas kerja yang sah. Sebelum ini, dia pernah disabitkan atas kesalahan sama lebih sedekad lalu pada 2013.

Abangnya Eng Hock, 53 tahun, dijatuhi hukuman denda $6,000 pada 7 September 2023 kerana menggaji pekerja secara haram tanpa pas kerja yang sah.

Secara berasingan, adik lelaki mereka, Ker Yong Sen, 41 tahun, disabitkan atas kesalahan bersubahat dengan seorang lagi warga Singapura, Tan Hoe Soon, 70 tahun dengan mengupah dua pekerja asing tanpa pas kerja yang sah di pasar malam Ang Mo Kio, tambah kementerian itu.

Kedua-dua lelaki itu telah menyewa reruai makan di pasar malam itu dari Mac hingga April 2023, dan pekerja itu telah diupah sebagai pembantu reruai makanan.

Pekerja asing itu juga menggunakan pas lawatan sosial dan tidak diberikan penginapan yang sewajarnya.

Tan dan Yong Sen masing-masing dijatuhi hukuman denda $8,500 pada September 2023.

Kes ketiga membabitkan Sao Wei Loon, 47 tahun, yang didapati mengupah 11 pekerja asing secara haram untuk mengusahakan reruai menjual makanan di pasar malam di luar Hillion Mall di Bukit Panjang pada Oktober 2022.

Sao dijatuhi hukuman penjara dua bulan pada 3 Oktober 2023 dan denda $45,000 kerana menggaji pekerja ini secara haram, yang menggunakan pas lawatan sosial.

Kesemua 19 pekerja asing yang diambil bekerja oleh lima warga Singapura itu telah dilarang bekerja di sini, kata MOM.

Mereka yang menggaji pekerja asing tanpa pas kerja yang sah boleh didenda sehingga $30,000, penjara maksimum 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >