Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Akhirnya Chelsea menang, tundukkan Fulham

Oct 03, 2023 | 03:39 PM



LONDON: Mauricio Pochettino, pengurus Chelsea, berkata bahawa Chelsea telah menandatangani terlalu ramai pemain muda selepas pasukannya yang tidak berpengalaman membangkitkan semula prestasi Liga Perdana England (EPL) mereka dengan menewaskan Fulham 2-0 di Craven Cottage pada 3 Oktober.


Chelsea tidak menandatangani pemain yang berusia lebih 25 tahun pada musim panas dan telah memulakan musim mereka dengan perlahan.

Kemenangan ke atas Fulham melonjakkan mereka ke tempat ke-11, tetapi Pochettino menyatakan bahawa usaha untuk membimbing skuadnya yang muda bukanlah sesuatu yang mudah.

“Ia mengenai kematangan, penyesuaian,” kata Pochettino.

“Kita perlu memahami golongan muda. Ia satu perubahan besar untuk datang ke sini dan apabila anda tiba dalam satu pasukan, ia bukan mudah untuk menyesuaikan diri.

“Secara jujur, terlalu ramai pemain muda tiba dalam pasukan yang belum mantap. Mereka perlu menambah sesuatu kepada pasukan,” tambahnya.

“Ia adalah untuk mempercayai mereka, pemain muda yang berbakat ini. Ia adalah tugas yang besar, langkah demi langkah tetapi langkah yang kecil sahaja.

“Kadangkala orang tidak mempunyai kesabaran. Bagi kami, ia adalah mengenai kesabaran. Walaupun kita kalah. Adalah penting untuk bertenang,” tambah beliau.

Chelsea beraksi selepas dua gol separuh masa pertama daripada Mykhailo Mudryk dan Armando Broja.

Dua gol itu dijaringkan dengan pantas dengan Mudryk menjaringkan golnya pada minit ke-18 dan Broja menjaringkan gol seterusnya pada minit ke-19.

Mudryk terlepas dua peluang sebelum itu tetapi memastikan beliau menjaringkan peluang ketiga dengan sepakan cemerlang selepas menerima hantaran Levi Colwill.

Beberapa saat kemudian, Cole Palmer mengambil kesempatan kesilapan pertahanan Fulham untuk menghantar bola kepada Armando Broja yang bernasib baik melihat percubaan untuk mengeluarkan bola terkena beliau dan masuk ke jaring gawang lawan untuk menggandakan jaringan pasukannya.

Mudryk terpaksa dikeluarkan padang pada separuh masa dengan kecederaan paha selepas menjaringkan gol pertamanya sejak pemindahannya dari Shakhtar Donetsk pada Januari yang bernilai £88.5 juta ($127 juta).

Broja, yang bermula buat kali pertama selepas kecederaan lutut yang serius, turut dikeluarkan awal serta Moises Caicedo juga terpaksa dikeluarkan akibat sakit lutut pada masa tambahan.

“Persembahan ini amat baik,” kata Pochettino.

“Saya gembira untuk Mudryk dan Armando. Saya harap kecederaan Misha (Mudryk) bukan isu besar – beliau terasa sedikit kesakitan di paha pada penghujung separuh masa pertama.

“Kecederaan Caicedo adalah lebam tetapi saya harap bahawa ia tidak merupakan masalah,” tambahnya.

Pengurus Fulham, Marco Silva, mengakui keputusan itu adil.

“Mereka bermula dari saat pertama, mereka memenangi beberapa pertarungan yang memberi semangat kepada pasukan mereka,” kata Silva.

“Permulaan kami tidak cukup agresif dengan dan tanpa bola. Permainan kami terlalu mendatar dan tidak cukup dinamik. Perlawanan seimbang sehingga mereka menjaringkan gol pertama. Mereka lebih yakin sejak saat itu,” tambah beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >