Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Fulham yakin, Chelsea mahu kumpul tiga mata

Oct 02, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Musim 2023/24 sejauh ini bagi kededua Fulham dan Chelsea boleh dianggap kurang meyakinkan.


Namun, setelah membelanjakan lebih £1 bilion ($1.67 bilion), keadaan Chelsea yang kini menduduki tangga ke-14 liga lebih meruncing, daripada jiran mereka di kota London itu, yang menduduki tangga ke-11.

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, baru sahaja memimpin skuad Chelsea melalui permulaan musim yang terburuk dalam tempoh 45 tahun, hanya mampu mengutip lima mata daripada enam perlawanan, dan menjaringkan hanya enam gol.

Nasib Fulham pula lebih baik sedikit, dengan meraih lapan mata setelah menang dua kali, seri dua kali dan tewas dua kali sejauh ini.

“Fulham pastinya lebih berpuas hati dengan keadaan mereka sejauh ini jika dibandingkan dengan Chelsea,” kata pengulas bola sepak dan bekas pemain pertahanan Arsenal, Martin Keown.

“Penyokong Chelsea, lebih-lebih lagi setelah kelab itu membelanjakan wang yang begitu banyak, pastinya mengharapkan mereka kini sedang bersaing dengan kelab-kelab seperti Manchester City, Arsenal dan Liverpool di persada liga.

“Namun, sebaliknya mereka sedang mengalami semacam mimpi buruk dengan pemain bintang bernilai puluhan juta gagal menunjukkan tahap keupayaan mereka sebenarnya dan gagal bermain sebagai sebuah pasukan,” tambah Keown.

Bagaimanapun, Chelsea telah mendapat suntikan semangat dalam Piala EFL setelah menewaskan Brighton 1-0 menerusi jaringan penyerang Nicolas Jackson.

“Ia adalah kemenangan yang menyuntik semangat,” akur Pochettino.

“Namun, kami jauh daripada bermain di tahap yang kami mampu. Masih banyak kerja keras perlu dilakukan. Tapi ia adalah petanda baik untuk memberi semangat kepada pemain bagi saingan liga hujung minggu ini,” tambah beliau selepas kemenangan ke atas Brighton itu.

Akur, bekas pemain Chelsea, Shaun Wright-Phillips, berkata kelab itu kini harus melihat keputusan tersebut sebagai permulaan baru musim ini.

“Ia adalah sesuatu yang harus dilihat sebagai peluang untuk Chelsea betul-betul memulakan musim mereka,” ujar beliau.

“Ia harus berlaku, ia mesti berlaku. Enam perlawanan sejauh ini adalah di bawah standard Chelsea dan para pemain harus melakukan segalanya untuk meneruskan momentum kemenangan ini,” tegas beliau, yang mewakili Chelsea sebanyak 125 kali sepanjang lima tahun bersama kelab tersebut.

Sementara itu, Fulham juga menikmati kemenangan dalam saingan Piala EFL pada pertengahan minggu setelah menewaskan kelab Championship, Norwich City, 2-1, menerusi jaringan Carlon Vinicius dan Alex Iwobi.

Bekas penyerang Fulham, Dimitar Berbatov, berkata Fulham mempunyai skuad yang baik dan mampu mencabar untuk kedudukan yang dapat melayakkan mereka bagi pertandingan Eropah.

“Itu harus menjadi matlamat mereka,” ujar beliau.

Berbatov, yang menjaringkan 51 gol sepanjang dua musim bersama Fulham, berkata pemain seperti Andreas Pereira, Carlos Vinícius dan João Palhinha mempunyai kebolehan untuk membawa kelab tersebut ke tahap lebih tinggi.

“Namun, mereka harus bermain pada tahap maksimum kebolehan mereka. Bagi saya, Fulham mempunyai skuad yang agak seimbang dan amat berbakat.

“Perlawanan menentang Chelsea – sebuah kelab yang juga memburu kemenangan – adalah rumit, tapi sekiranya Fulham berjaya menjaringkan gol pertama, saya dapat lihat peluang keemasan bagi mereka.

“Dengan kelebihan bermain di padang sendiri, dan dengan tekanan ke atas Chelsea sekiranya Fulham mampu menjaringkan gol pertama, saya dapat rasakan Marco Silva juga tahu ini adalah peluang terbaik untuk menewaskan Chelsea,” ujarnya.

Silva meskipun akur anak buahnya akan menghormati Chelsea dan para pemain bintang mereka, namun menekankan mereka tidak gentar dengan cabaran berdepan jiran mereka itu.

“Ia adalah perlawanan penting bagi Chelsea dan juga Fulham. Kami yakin dengan kebolehan kami, pemain tahu mereka perlu bermain pada tahap 100 peratus... itu saja yang mampu kami lakukan,” ujar beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >