Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Badminton

Anthony Ginting juara bertahan pertama perseorangan lelaki kejohanan Terbuka S’pura dalam 20 tahun

Jun 11, 2023 | 07:47 PM



Warga Indonesia Anthony Ginting menjadi pemain perseorangan lelaki pertama berjaya mempertahankan kejuaraannya di Terbuka Badminton Singapura dalam tempoh 20 tahun.

Pada Ahad, pemain nombor dua dunia itu menumpaskan Anders Antonsen dari Denmark 21-13, 21-16 dengan masa 40 minit dalam final di Stadium Tertutup Singapura.

Warga China Chen Hong adalah pemain perseorangan lelaki yang terakhir untuk meraih pencapaian itu pada edisi 2002 dan 2003.

Anthony, 26 tahun, yang dilihat tersenyum lebar berikutan kemenangannya, berkata: “Saya berasa senang kerana ini bukan pencapaian yang mudah. Tapi, yang pastinya masih banyak yang perlu saya perbaiki melangkah ke depan kerana pesaing lain juga akan meningkatkan prestasi mereka.”

Kemenangan itu juga dianggap sangat istimewa buat Anthony, yang mengatakan “Singapura adalah salah satu negara kegemaran saya untuk bertanding”.

“Apabila masuk dalam gelanggang, saya hanya senyum dan menikmati detiknya, tidak banyak berfikir tentang tekanan dalam perlawanan,” tambah beliau.

Terbuka Badminton Singapura 2023, yang dianjurkan Persatuan Badminton Singapura (SBA), adalah acara siri Super 750 Jelajah Dunia Persekutuan Dunia Badminton (BWF) dengan tawaran hadiah tunai AS$850,000 ($1.15 juta).

Edisi tahun ini menyaksikan lebih 7,600 penonton - iaitu bilangan terbesar dalam sejarah sejak 1929 - yang hadir di Stadium Tertutup Singapura pada hari terakhir saingan yang penuh aksi mantap dan kejutan.

Pada pertembungan final antara dua pemain terbaik perseorangan wanita, pemain nombor dua dunia An Seyoung beraksi cemerlang untuk mengalahkan musuh terdekatnya, warga Jepun Akane Yamaguchi, yang menduduki tangga teratas ranking dunia, 21-16, 21-14 dalam masa 40 minit.

Kemenangan pemain Korea Selatan berusia 21 itu adalah yang kelimanya pada tahun ini, selepas menjuarai saingan di Terbuka India, Masters Indonesia, Terbuka All England dan Terbuka Thailand.

Pasangan beregu campuran nombor 13 dari Denmark, Mathias Christiansen dan Alexandra Boje melakukan kejutan dalam final apabila berjaya menewaskan pasukan nombor 3 dari Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino 21-16, 20-22, 21-14 dalam masa 67 minit.

Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dari Jepun pula mengecewakan pasukan nombor 3 dari China, Liang Wei Keng dan Wang Chang, 21-18 dan 21-13 dalam masa 42 minit pada final beregu lelaki untuk merangkul kejuaraan pertama mereka sejak sekitar setahun lalu. 

Terbuka Malaysia pada 3 Julai adalah kemenangan terakhir pasangan nombor enam dunia itu.

Sementara itu, pasukan wanita beregu China, yang diwakili Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan, menang 21-12, 21-16 menentang Baek Ha Na dan Lee So Hee dari Korea Selatan dalam masa 44 minit. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >