Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arteta ‘kecewa dengan diri sendiri’

Nov 02, 2023 | 10:46 AM



LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata bahawa “beliau kecewa dengan dirinya sendiri” selepas pasukannya ditumpaskan oleh West Ham dalam pusingan keempat Piala Carabao.


Arteta membuat enam perubahan kepada kesebelasan utamanya, dengan Declan Rice, Bukayo Saka dan kapten pasukan, Martin Odegaard di bangku simpanan.

Para pemain pasukan Arsenal memberikan persembahan di bawah jangkaan – yang membuat Arteta menyalahkan dirinya sendiri.

“Saya amat kecewa. Saya bertanggungjawab bagi hal itu,” katanya.

“Kami tersingkir daripada piala ini. Padahal kami ingin bermain secara berbeza dan terus bersaing.

“Perlawanan ini seolah-olah beralih arah selepas jaringan pertama pihak lawan, tapi kami perlu memandang lebih kepada pasukan ini dan sepatutnya berhak untuk menang.

“Saya kecewa dengan diri saya. Kami ingin bermain dengan cara berbeza tapi tidak mampu berbuat demikian. Setiap kali tewas memang terasa pedih.

“Kami perlu biasakan diri dengan rasa sakit ini dan kekalahan ini mempersiapkan diri kami untuk berhadapan Newcastle dalam Liga Perdana England (EPL) pada Sabtu ini.”

West Ham membuka tirai jaringan hasil gol sendiri pihak lawan pada 16 minit perlawanan selepas tandukan pemain pertahanan Arsenal, Ben White masuk ke gawang sendiri melepasi jangkauan penjaga golnya, Aaron Ramsdale.

Arsenal mendominasi kawalan bola namun gagal memanfaatkan setiap peluang itu.

Dan hanya lima minit selepas separuh masa kedua, Mohammed Kudus menyumbatkan gol cantik selepas mendapat umpanan Nayef Aguerd untuk gol kedua West Ham.

Kemenangan West Ham terus diperkukuh sebelum tempoh sejam permainan apabila Bowen memanfaatkan tandukan White, lantas beliau terus membuat tendangan voli, bola mengena paha Gabriel– mengelirukan Ramsdale sebelum masuk ke gawang.

Odegaard berjaya merapatkan jurang di akhir perlawanan namun penantian pasukan Arsenal selama 30 tahun untuk menjulang piala tersebut terus terkubur.

West Ham akan melangkah ke suku akhir buat musim ketiga berturut-turut dan akan berhadapan Liverpool.

Yang menjadi perbualan adalah “kepulangan” Rice ke West Ham sejak beliau berpindah ke Arsenal dengan nilai £105 juta ($174.8 juta) pada musim panas kali ini.

Rice membuat hampir 250 penampilan untuk West Ham dan menjadi kapten pasukan itu dalam Liga Conference Europa yang mereka menangi pada Jun, dengan pengurus skuad itu, David Moyes, menyeru agar bekas pemain tengah Hammers itu “dilayan dengan baik”.


Ternyata permintaan Moyes itu disambut baik penonton tuan rumah, yang memberi Rice sorakan apabila beliau memanaskan badan dalam separuh masa pertama.

Pada masa itu, kelab barunya itu sudah ketinggalan dan meskipun Arsenal bermula dengan baik, mereka tidak menghasilkan jaringan seperti yang diharapkan.

Sebaliknya West Ham yang memanfaatkan sedikit peluang yang dihidangkan kepada mereka dan berjaya mendahului dalam separuh masa pertama.

Kehadiran Saka, Odegaard dan Gabriel Martinelli langsung tidak mampu mengubah nasib Arsenal dan perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada West Ham. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >