Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea kecam penderaan kaum terhadap Nicolas Jackson

Apr 23, 2024 | 12:55 PM



LONDON: Chelsea menyatakan ia tidak boleh menerima penderaan perkauman yang dihadapi Nicolas Jackson di media sosial selepas kekalahan mereka kepada Manchester City pada separuh akhir Piala FA pada 21 April.


Pasukan bimbingan Mauricio Pochettino itu mengalami kekalahan 0-1 kepada City di Wembley. Jackson tidak memanfaatkan tiga peluang keemasan untuk menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

“Tidak ada ruang di masyarakat ini untuk apa jua diskriminasi dan kami tidak mempunyai toleransi terhadap sebarang kejadian seperti ini,” kata Chelsea dalam satu kenyataan.

“Kelab ini akan menyokong sebarang pendakwaan jenayah dan mengambil tindakan sekeras mungkin, termasuk larangan, terhadap mana-mana individu yang didapati adalah pemegang tiket semusim,” kata Chelsea dalam kenyataan sama.

Penyerang Senegal yang berusia 22 tahun itu menyertai Chelsea daripada Sepanyol, Villareal, pada 30 Jun 2023.

Beliau telah menjaringkan 13 gol musim ini, termasuk 10 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL).

“Beliau sedang bermain dengan hebat. Beliau menjalankan tugas dengan baik untuk pasukannya; berlari, menjaringkan gol, mendapatkan assist,” kata Pochettino. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >