Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool temu Crystal Palace di Stadium Negara pada 15 Julai

Apr 26, 2022 | 11:03 AM



PEMINAT bola sepak di Singapura bakal menikmati aksi hebat Liga Perdana England (EPL) di sini apabila kelab gergasi Liverpool bertemu Crystal Palace di Stadium Negara pada 15 Julai nanti.



Kededua pasukan itu akan bertemu dalam pertandingan Piala Singapura Standard Chartered 2022 yang diadakan buat julung-julung kali.



Selain beraksi dalam perlawanan tersebut, Liverpool, yang memburu kejuaraan EPL kedua mereka dalam tiga tahun musim ini, akan juga mengadakan satu sesi latihan yang dibuka kepada awam di Stadium Negara pada 14 Julai.



Tiket bagi perlawanan antara Liverpool dengan Palace dijual dengan harga dari $149. Tiket berharga $39 pula dikenakan bagi menonton sesi latihan terbuka Liverpool, kata penganjur TEG Sport dan Left Field Live dalam satu sidang media pada Selasa (26 April).



Semua tiket boleh dibeli di www.ticketek.com.sg pada 17 Mei ini. Mereka yang ingin mendapatkan tiket boleh mendaftar minat mereka menerusi senarai tunggu https://bit.ly/SCST2022 mulai 26 April.



Kali terakhir Liverpool berada di Kota Singa adalah pada 2011 untuk satu sesi latihan terbuka. Ini adalah kali pertama Palace, yang dipimpin Patrick Vieira, beraksi di Singapura. Namun pertemuan di Stadium Negara nanti bukan kali pertama kededua pasukan bertemu di Asia.



Mereka telah bertemu dalam satu perlawanan pramusim di Hong Kong pada 2017, yang berakhir dengan kemenangan 2-0 bagi Liverpool.



The Reds berada dalam prestasi hebat musim ini. Ia telah memenangi Piala Carabao dan kini menduduki tangga kedua liga, satu mata di belakang pendahulu Manchester City. Ia juga telah melayakkan diri ke separuh akhir Liga Juara-Juara dan di final Piala FA.



Piala Singapura Standard Chartered 2022 ditaja oleh Standard Chartered dan gedung kereta dalam talian CARRO.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >