Maraton London pertimbang acara 2 hari pada 2027
Maraton London pertimbang acara 2 hari pada 2027
Maraton London pertimbang acara 2 hari pada 2027
LONDON: Penganjur Maraton London sedang menimbangkan acara dua hari bagi acara larian itu pada 2027.
Kelulusan belum diberikan setakat ini, namun penganjur berkata mereka sedang meneroka cara untuk membolehkan lebih ramai peserta mengambil bahagian.
Ini berikutan rekod 1.1 juta permohonan melalui undian awam untuk menyertai edisi 2026, iaitu peningkatan 36 peratus berbanding 2025.
Seorang jurucakap London Marathon Events berkata:
“Maraton London ialah maraton paling popular di dunia dan kami terus meneroka cara inovatif untuk membolehkan lebih ramai orang mengambil bahagian, sambil memberi manfaat kepada London.
“Bersama rakan dan pihak berkepentingan, kami sedang meneliti cadangan agar Maraton London 2027 diadakan selama dua hari.
“Tumpuan kami sekarang adalah menganjurkan Maraton London 2026 yang luar biasa pada Ahad, 26 April, dan memastikan setiap peserta mendapat pengalaman menakjubkan.”
Seramai 56,640 pelari menamatkan larian dalam acara 2025, satu rekod baru.
The Guardian melaporkan terdapat perbincangan di peringkat lanjut untuk satu acara sekali sahaja, yang boleh melibatkan 100,000 pelari mengambil bahagian sepanjang hujung minggu.
Jurucakap Datuk Bandar London, Encik Sadiq Khan, berkata:
“London ialah ibu kota sukan dunia dan Datuk Bandar menantikan kerjasama Maraton London serta rakan-rakan kongsi untuk menilai kemungkinan acara dua hari pada tahun depan (2027).” – Agensi berita.

