Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mbappe hukum Barcelona

Apr 17, 2024 | 11:59 AM



BARCELONA: Bintang Paris St. Germain (PSG), Kylian Mbappe, muncul sebagai wira pasukannya setelah menyumbatkan dua gol, sekali gus membantu pasukannya menewaskan Barcelona 4-1 dalam pusingan kedua suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) pada 17 April di Stadium Olimpik Barcelona.


Dengan keputusan itu, PSG mara ke pusingan separuh akhir dengan agregat 6-4 – pusingan pertama menyaksikan PSG ketinggalan 2-3 di padang sendiri.

Mbappe menyumbatkan dua gol pada minit ke-61 dan minit terakhir sebelum wisel penamat, dengan gol hasil Ousmane Dembele dan Vitinha memastikan kemenangan PSG.

Bekas pemain pertahanan Manchester United dan pemenang UCL 2008, Rio Ferdinand, menjelaskan:

“Saya rasa untuk sebahagian individu, mereka seperti diberi satu pemberian ketika detik genting, mereka menyerlah dan saya berpendapat itu halnya bagi Mbappe.

“Bagi gol kedua Mbappe, ia disempurnakan beliau dan bukannya orang lain kerana beliau insan yang dikurniakan pemberian itu.”

Pusingan pertama suku akhir antara kededua pasukan pada 11 April menyaksikan Mbappe hanya berdaya melepaskan tiga rembatan – semua tidak menepati sasaran.

Ferdinand menyifatkan prestasi Mbappe dalam perlawanan pertama itu sebagai “tidak cemerlang” dan ia “tidak boleh diulangi” untuk pusingan kedua.

Ternyata, pemain asal Perancis berusia 25 tahun itu memaparkan ketajamannya pada waktu yang diperlukan PSG.

Mbappe yang akan meninggalkan PSG pada musim panas ini dengan Real Madrid berkata masa depannya belum difikirkan dengan fokus sepenuhnya untuk membawa trofi UCL ke ibu negara Perancis itu.

Mbappe berkata kepada pihak media: “Saya miliki impian untuk memenangi trofi UCL ke Paris.

“Saya bangga berada di PSG sejak hari pertama. Ia bukan kerana saat baik dan buruk yang mungkin menjejas kebanggaan saya. Ia adalah satu kebanggaan mewakili kelab di ibu negara saya, ia sangat istimewa kerana saya membesar di sini.

“Pengalaman menikmati malam indah seperti ini sebagai warga Paris, ia memang hebat. Kami ada satu lagi halangan sebelum ke final di Wembley, jadi kami perlu kekal tenang.”

Pengurus PSG, Luis Enrique, turut memuji penyerang utamanya itu kerana dapat mengawal rentak permainan.

“Beliau menonjolkan semangat kepimpinan dari detik permulaan hingga detik akhir perlawanan dan apabila pasukan dapat rasakan bahawa setiap pemain adalah sama penting seperti Mbappe, siap membawa pemain lain bersama-sama dengannya, anda pasti memanfaatkan keadaan tersebut,” tambah pengurus itu.

Barcelona terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Ronald Araujo dilayangkan kad merah kerana kasari Bradley Barcola pada minit ke-29.

Bekas penyerang Barcelona, Ousmane Dembele, menyamakan kedudukan buat pelawat sebelum rehat sebelum Vitinha dan Mbappe melengkapkan malam gemilang pada separuh masa kedua.


PSG akan berdepan Borussia Dortmund pada separuh akhir selepas kelab Jerman itu menundukkan Atletico Madrid 4-2 dalam satu lagi aksi suku akhir pusingan kedua.


Selepas gagal melepasi pusingan 16 terakhir pada dua musim lalu, PSG manfaatkan kesilapan tuan rumah untuk mengubah keputusan perlawanan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >