Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Odegaard bantu Arsenal atasi Crystal Palace

Aug 22, 2023 | 03:20 PM



LONDON: Satu tendangan penalti yang dimanfaatkan kapten pasukan Arsenal, Martin Odegaard memberi pasukannya kemenangan tipis 1-0 ke atas Crystal Palace dalam Liga Perdana England (EPL), pada Isnin.


Eddie Nketiah dijatuhkan Sam Johnstone dalam petak penalti Palace.

Tendangan penalti yang diambil Odegaard dengan tenang masuk tepat ke gawang lawan.

Pada masa itu pasukan Arsenal yang dibimbing Mikel Arteta kelihatan selesa, namun terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Takehiro Tomiyasu dikenakan kad merah atas dua kesalahan.

Kad kuning pertama diperolehi atas kesalahan mengambil masa terlalu lama untuk membuat lontaran dan yang kedua atas kesalahan mengasari Jordan Ayew di bahagian tengah padang.

Palace berusaha memberi tekanan lewat dalam permainan dengan percubaan Tyrick Mitchell melepasi gawang semasa waktu kecederaan.

Pasukan Arsenal yang membuat percubaan menerusi Nketiah semasa awal permainan, sememangnya wajar menang.

Arsenal bersama Brighton dan Manchester City kini mempunyai enam mata daripada dua perlawanan, sedang Palace pula gagal meneruskan rentak kemenangan seperti yang dicatat dalam perlawanan pertama mereka.

Pada masa ini Arsenal pula dibelenggu dengan kecederaan di bahagian benteng pertahanan.

Pemain yang baru dibawa masuk, Jurrien Timber, mengalami kecederaan lutut minggu lalu yang mungkin menyebabkannya terlepas peluang bermain sepanjang musim kali ini dan Oleksandr Zinchenko pula telah kembali daripada kecederaan, namun masih di bangku simpanan.

Seorang lagi pemain, Tomiyasu, yang bermain di bek kanan, bermula di sebelah kiri dan Thomas Partey pula, yang merupakan pemain midfield bermain di bahagian bek kanan semasa pasukan Palace mengawal bola.

Tomiyasu yang berasal dari Jepun akan terlepas bermain dalam perlawanan selanjutnya selepas kad merah yang dikenakan ke atasnya.

Beliau telah diberi kad kuning kerana dipersalahkan mengambil masa terlalu lama untuk melontar bola.

Ini meskipun Kai Havertz yang telah membuang kebanyakan masa tersebut sebelum beliau meninggalkan bola untuk Tomiyasu membuat lontaran.

Dan Tomiyasu kemudian dipersalahkan kerana mengasari Ayew.

Ini merupakan kad merah pertama Arsenal sejak EPL musim 2021 hingga 2022.

Meskipun begitu pasukan Arsenal sememangnya pasukan yang lebih baik sepanjang perlawanan.

Pasukan Palace pimpinan Roy Hodgson dapat mempertahankan serangan bertubi-tubi Arsenal dan hanya satu kesilapan ternyata membuat mereka kehilangan tumpuan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >