Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pengurus baru Palace, Oliver Glasner ‘berbakat bangkitkan pasukan terkial-kial’

Roy Hodgson umum letak jawatan sebelum perlawanan menentang Everton
Feb 20, 2024 | 11:33 AM



LONDON: Crystal Palace kini sedang bertarung untuk mengelak daripada disingkir daripada Liga Perdana England (EPL) musim depan.


Keputusan seri 1-1 dengan Everton – yang juga sedang terkial-kial untuk kekal di EPL – pada 20 Februari bermakna Palace hanya menang satu perlawanan liga pada 2024 dan menduduki tangga ke-15 EPL dengan hanya lima mata di luar zon penyingkiran.

Dalam hanya beberapa jam selepas pengurus, Roy Hodgson, mengumumkan pengundurannya daripada Palace sebelum perlawanan menentang Everton, bekas pengurus, Eintracht Erankfurt, Oliver Glasner, dilantik sebagai pengurus baru.

Warga Australia berusia 49 tahun itu, yang hadir di Goodison Park untuk menyaksikan pasukan barunya seri, digambarkan sebagai seorang yang mempunyai “bakat untuk membangkitkan pasukan yang sedang menghadapi kesukaran” dan beliau dikehendaki melakukan itu di Palace. 

Pakar bola sepak Jerman, Constatin Eckner, berkata Glasner telah menunjukkan bakatnya membangkitkan pasukan yang sedang menghadapi kesukaran, seperti dilihat di Wolfsburg dan Frankfurt – yang berada dalam keadaan terdesak sebelum ketibaannya.

Namun, dalam kedua-dua kes itu, beliau mengambil alih pada permulaan musim, bukan pertengahan musim apabila tempoh pemindahan pemain ditutup, sebagaimana yang berlaku di Palace.

Gaya bola sepak beliau boleh dikatakan sebagai gaya bola sepak ‘underdog’, dengan pasukannya lebih berkesan dalam serang balas, berbanding gaya bola sepak di mana kawalan bola diutamakan.

Dengan pemain yang Palace ada dan gaya permainan bola sepak mereka musim ini, gaya bola sepak Glasner nampaknya sesuai bagi Palace.

Namun, sama ada beliau boleh menyatukan pasukannya secepat dan seberkesan yang dilakukannya di kelab-kelab lalu belum dapat ditentukan.

Glasner menekankan kepercayaannya bahawa setiap pengurus yang berjaya harus mempunyai hubungan rapat dengan pemainnya.

Prestasi beliau amat hebat semasa kempen 2021-22 Frankfurt, apabila mereka memenangi Liga Eropah dengan mengalahkan Rangers pada peringkat akhir, selepas menyingkirkan Real Betis, Barcelona dan West Ham.

Walaupun Glasner dikenali sebagai seorang pengurus yang tenang, beliau nampaknya lebih bertenaga semasa kempen Liga Eropah itu, dengan menyokong pemainnya melalui isyarat dan arahan seakan-akan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Namun, keadaan mula merosot semasa musim 2022-23 apabila prestasi Frankfurt kembali kurang memuaskan dan mereka tidak mencapai kejayaan yang sama di peringkat antarabangsa.

Glasner lebih jengkel semasa sidang media, dengan beliau menjawab pengkritiknya dengan kasar.

Pengurus itu juga menarik perhatian apabila beliau mendakwa pemain pertahanannya, Makoto Hasebe, bermain terlalu bersungguh-sungguh hingga terdapat darah di air kencingnya selepas perlawanan.

Dakwaan itu dipertikai oleh lembaga Frankfurt, yang kemudian memutuskan untuk memecatnya.

Walaupun mempunyai kejayaan Liga Eropah bersama Frankfurt, Glasner masih perlu membuktikan beliau boleh kekal tenang apabila menghadapi kekalahan dan pertanyaan mengenai kebolehannya untuk mengurus. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >