Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Roy Hodgson kekal sebagai pengurus Palace

Jun 27, 2023 | 02:18 PM



LONDON: Roy Hodgson, 75 tahun, telah bersetuju untuk kekal sebagai pengurus Crystal Palace bagi musim hadapan.


Pengurus asal England itu sedang bercuti tetapi dijangka menandatangani kontraknya bagi kempen Liga Perdana England (EPL) akan datang sekembalinya nanti.

Hodgson kembali mengurus Palace pada Mac, menggantikan Patrick Vieira, dalam satu perjanjian hingga akhir musim EPL.

Beliau membantu Palace menjauhi zon penyingkiran dan berjaya meraih 18 mata daripada 10 perlawanannya untuk menjamin kedudukan kelab tersebut di tangga ke-11 EPL.

Hodgson menghabiskan empat tahun bersama Palace mulai 2017 tetapi memutuskan untuk meninggalkan bola sepak pada musim panas 2021.

Bekas pengurus pasukan antarabangsa England itu kemudian dilantik sebagai pengurus Watford pada Januari 2022 tetapi meninggalkannya lima bulan kemudian selepas pasukan itu tersingkir ke liga Championship.

Palace gagal mencatatkan kemenangan dalam 12 perlawanan di bawah Vieira sebelum Hodgson kembali mengambil alih jawatan sebagai pengurus kelab.

Kerjaya pengurusannya telah menjangkau lebih 45 tahun – termasuk menjadi pengurus di Inter Milan, Blackburn, Fulham, Liverpool, West Brom dan Palace.

Beliau juga pernah mengendalikan pasukan kebangsaan Switzerland, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Finland.

Dalam pada itu, tonggak Palace, Nathaniel Clyne and James Tomkins, telah menandatangani kontrak baru untuk kekal hingga musim panas 2024.

Clyne telah membuat 196 penampilan bagi Palace sejak berpindah dari Liverpool pada 2020, manakala Tomkins telah tampil 131 kali bagi kelab tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >